Antarabangsa

Larang Pelanggan Bertudung Masuk, Bahrain Tutup Restoran India

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAHRAIN, 30 Mac 2022 – Pihak berkuasa Bahrain menutup sebuah restoran popular di Adliya selepas pekerja restoran tersebut melarang seorang pelanggan bertudung dari memasuki restoran tersebut.

BACA: Tahniah David Marshel, Waktu Untuk Tanggalkan Tudung Mereka
BACA: Pelampau Hindu Rogol Muslimah Hamil Ketika Meneran Bersalin
BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

The Independent melaporkan, pengurus bertugas di Restoran Lantern, yang merupakan warganegara India didakwa menghalang seorang pelanggan bertudung dari masuk ke restoran.

Susulan kejadian, pihak restoran telah mengeluarkan permohonan maaf secara rasmi dan menggantung pengurus tersebut.

“Semua orang dialu-alukan ke Lantern. Selama 35 tahun, kami telah memberikan layanan kepada semua warganegara di kerajaan Bahrain yang indah ini. Lantern ialah tempat untuk semua orang datang bergembira bersama keluarga dan berasa seperti di rumah sendiri. Satu kesilapan telah dilakukan oleh seorang pengurus yang kini digantung. Ini tidak mewakili siapa kami yang sebenarnya,” kata restoran tersebut dalam laman Instagram.

Menurut Islamophobia News, lelaki berkenaan berasal dari Karnataka, India, daerah yang baru-baru ini memutuskan Muslimah di semua institusi pendidikan diharamkan dari memakai tudung.

Berikutan kejadian ini, Pihak Berkuasa Pelancongan dan Pameran Bahrain (BTEA) telah mengadakan siasatan bagi menyiasat perkara ini.

Mereka juga meminta semua pusat tumpuan pelancong untuk tidak menerima pakai polisi yang bertentangan dengan undang-undang kerajaan Bahrain.

“Kami menolak semua tindakan yang mendiskriminasi orang, terutamanya mengenai identiti nasional mereka.”

Baru-baru ini Mahkamah Tinggi Karnataka memutuskan bahawa pemakaian tudung adalah tidak wajib dalam Islam.

“Kami berpendapat bahawa pemakaian tudung oleh wanita Islam tidak menjadi sebahagian daripada amalan agama yang penting dalam akidah Islam,” dakwa mahkamah.

“Pakaian seragam sekolah tidak lagi seragam jika tudung berwarna sama dibenarkan. Dua kategori pelajar perempuan akan mewujudkan rasa ‘pengasingan sosial’, yang tidak diingini,” kata mahkamah lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: