Antarabangsa

Persekutuan Bola Sepak Perancis Halang Pemain Berhijab Atas Padang

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERANCIS, 13 Februari 2022 – Persekutuan Bola Sepak Perancis menetapkan peraturan di mana mereka akan menghalang pemain yang memakai pakaian yang mempamerkan simbol agama seperti tudung orang Islam.

Peraturan ini bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) pada tahun 2014 yang membenarkan wanita memakai tudung dalam permainan selepas memutuskan bahawa ia adalah budaya dan bukannya simbol agama.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

BACA: Ibu Muda Dirogol Berkumpulan Diperlakukan Seperti Haiwan Selepas Cinta Ditolak

Menteri Kesaksamaan Gender Elisabeth Moreno mengulas tentang isu ini berkata kepada televisyen LCI,

“Undang-undang mengatakan wanita muda ini boleh bertudung dan bermain bola sepak.”

“Di padang bola sepak hari ini, tudung tidak dilarang. Saya mahu undang-undang menghormatinya,” tegas beliau.

Beliau turut berpandangan bahawa wanita harus dibenarkan memilih untuk berpakaian sesuka hati mereka.

Undang-undang Perancis menyatakan, sekularisme telah menjamin kebebasan beragama kepada semua rakyat dan tidak mengandungi peruntukan terhadap larangan pemakaian simbol agama di ruang awam kecuali penutup muka penuh yang diharamkan pada 2010.

Sebelum ini, sebuah kesatuan wanitales Hijabeuses” pernah memfailkan cabaran undang-undang terhadap peraturan itu pada November tahun lepas dan mendakwa hal ini mendiskriminasi dan melanggar hak mereka untuk mengamalkan agama.

Susulan rayuan daripada “les Hijabeuses”, Persekutuan Bola Sepak Perancis mengeluarkan kenyataan yang telah ditetapkan dengan mengatakan, mereka hanya mengikut undang-undang Perancis dan Mahkamah Perlembagaan tertinggi negara tersebut.

Leave a Reply

Back to top button