Kanak-Kanak Mangsa Rogol Jadi Bahan Rakaman Di India
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
UTTAR PRADESH, 27 Oktober 2022 – “Apabila masyarakat kehilangan kompas moralnya! Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, diserang secara seksual, berdarah, dan meminta pertolongan, tetapi orang ramai sibuk merakamnya di UP, India,” kata Ashok Swain, dalam laman Twitternya.
Profesor Penyelidikan Keamanan dan Konflik itu turut berkongsikan video tular yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan terlantar lemah di kawasan semak, dalam keadaan longlai, menghulurkan tangannya meminta pertolongan dari sekumpulan lelaki yang mengelilinginya.
When a society loses its moral compass! A 12-yr old girl, sexually assaulted, bleeding, and begging for help but the crowd of men is busy filming her in UP, India. pic.twitter.com/Qh4bwmuAfj
— Ashok Swain (@ashoswai) October 25, 2022
Sekumpulan lelaki tersebut bukan sahaja tidak membantu kanak-kanak tersebut, tetapi, merakam keadaan kanak-kanak malang itu.
Video kedua kemudiannya turut menjadi tular, menunjukkan seorang anggota polis berlari ke kereta rickshaw dengan kanak-kanak perempuan yang cedera itu dalam pelukannya. Menurut laporan, kanak-kanak tersebut sedang dirawat di kemudahan perubatan tempatan.
The girl was picked up minutes later by this UP policeman. She is recovering in hospital. pic.twitter.com/6GoVZRnIAE
— Sagar Sha (@SagarShah7734) October 25, 2022
Kejadian berlaku pada Ahad selepas kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan cedera dan berdarah berhampiran rumah tetamu kerajaan. Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak perempuan itu berjalan dengan seorang lelaki yang tidak dapat dikenal pasti.
Polis telah mendaftarkan kes rogol atas aduan oleh keluarganya, walaupun keputusan pemeriksaan perubatan tidak diisytiharkan.