Antarabangsa

#BoycottIndianproduct Trending Di Twitter

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MICHIGAN, 10 Jun 2022 – Berikutan isu penghinaan Nabi Muhammad S.A.W. oleh dua orang ahli politik India, hashtag BoycottIndianproduct menjadi tular di Twitter.

Menurut pengguna Twitter @KhaledBeydoun, kempen boikot produk India akan berlanjutan sehingga syarikat-syarikat dan ahli politik menghentikan tindakan anti-Muslim di India.

Ciapan tersebut turut peroleh sokongan ramai dengan mendapat hampir 5 ribu bilangan retweet dan lebih 11 ribu like.

Antara ciapan balas yang diterima adalah dari @lemontoupee yang meminta agar senarai nama syarikat dari India disediakan supaya orang ramai akan lebih cakna.

Kempen boikot besar-besaran produk India telah diumumkan di negara-negara Islam termasuk Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain sejak minggu lalu.

Manakala di Malaysia, pihak Kementerian Luar Negeri telah memanggil Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia bagi menyampaikan penyangkalan sepenuhnya mengenai isu ini.

Susulan kecaman masyarakat Islam antarabangsa atas isu penghinaan Nabi Muhammad S.A.W. dan kezaliman pelampau Hindu terhadap umat Islam India baru-baru ini, Kedutaan Besar India di Malaysia tampil ke hadapan menegaskan bahawa kerajaan India sangat menghormati semua agama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: