Antarabangsa

Kepala Babi Dijadikan Bantahan Masjid Kecil Daegu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOREA SELATAN, 17 Mei 2023 – Persekitaran di sebuah masjid kecil yang dikenali sebagai Dar-Ul-Emaan Kyungpook yang terletak di daerah Buk di Daegu sering menjadi tempat bantahan yang berunsurkan Islamofobia.

Bantahan dilakukan dengan pelbagai cara termasuklah dengan menggunakan sepanduk, perhimpunan bantahan dan bunyi-bunyian yang menganggu.

BACA JUGA: Kes Kalimah Allah: Kerajaan Patut Betulkan Kesilapan Dengan Menarik Balik Pembatalan – Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

BACA JUGA: 99 Kawasan Sekitar Selangor Alami Gangguan Bekalan Air Isnin Ini

BACA JUGA: Isu Kalimah Allah: Arahan Politik Sampai Mengatasi Rukun Iman – Buzze Azam

Parti barbeku dengan membakar babi juga sering dianjurkan dan sering juga kepala babi ditinggalkan di sekitar kawasan masjid tersebut.

Isu bermula setelah sekitar 150 orang Islam memutuskan untuk menaik taraf masjid tersebut, di mana masyarakat Islam telah mengumpulkan dana bagi membeli dan meruntuhkan bangunan lama dan membina struktur dua tingkat yang baru. Untuk memastikan pembinaan berjalan lancar, mereka juga perlu membeli sebuah bangunan kediaman yang bersebelahan yang kini dijadikan sebagai ruang solat sementara.

Namun setelah bermulanya proses menaik taraf terbabit pada awal 2021, Pejabat Daerah Buk telah memberi arahan untuk menghentikan pembinaan berikutan aduan yang diterima daripada penduduk setempat.

Walau bagaimanapun, keputusan Mahkamah Tinggi di negara tersebut pada tahun 2022 telah menyatakan bahawa arahan untuk menghentikan pembinaan tersebut adalah tidak sah.

Media Al-Jazeera telah menyatakan bahawa antara kumpulan yang sering membantah pembinaan masjid tersebut daripada awal kejadian adalah kumpulan-kumpulan evangelikal. Bahkan terdapat juga kumpulan evangelikal yang telah menubuhkan jawatankuasa khas anti-masjid yang mana ianya beralamatkan sebuah gereja di Daegu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: