98% Muslim Dalam ‘Watch List’ FBI, 99% ‘No-Fly-List’ Dedah Datuk Bandar Muslim
AMERIKA SYARIKAT, 05 Julai 2023 – Laporan terbaharu yang dikeluarkan oleh Council on American-Islamic Relations (CAIR) telah mendedahkan angka yang mengejutkan tentang jumlah orang Islam yang berada dalam pangkalan data penyaringan keganasan FBI serta senarai ‘No-Fly’.
Laporan tersebut mendedahkan bahawa terdapat lebih daripada 98 peratus daripada individu yang berada di dalam senarai pemerhatian FBI adalah orang Islam.
BACA JUGA: 51 Darjah Celsius Di Texas, Dunia Catat Rekod Hari Paling Panas
BACA JUGA: 12 Ogos, Tarikh Mengundi 6 Negeri
BACA JUGA: Pekebun Durian Haram: Mahkamah Tinggi Kuantan Tolak Permohonan Royal Pahang Durian
Menerusi laporan tersebut, 99 peratus daripada senarai ‘No-Fly’ FBI adalah orang Islam, di mana nama-nama yang tersenarai tersebut sama sekali tidak dibenarkan terbang dengan syarikat komersial.
Isu tentang senarai nama FBI ini menjadi tular setelah kejadian di mana seorang Datuk Bandar Amerika Syarikat (AS) yang beragama Islam dihalang dari memasuki majlis bersama Presiden Joe Biden.
Khairullah, seorang ahli sidang bandar yang telah dilantik menjadi Datuk Bandar sejak 2005 dan memegang jawatan tersebut selama lima penggal.
Ujar Khairullah lagi, ejen-ejen persekutuan sama sekali tidak memberi sebarang penjelasan berkenaan dengan senarai tersebut kepada para pegawai yang dilantik, ahli kongres atau para senator.
Menurutnya, perubahan dalam perihal senarai FBI itu sepatutnya menjadi keutamaan bagi Pilihan Raya Presiden 2024 yang akan datang.