Tempatan

Diskriminasi Media Barat Suburkan Islamofobia- MACSA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 April 2022 – Diskriminasi media Barat terhadap orang Islam bukan sahaja dapat menyuburkan Islamofobia, tetapi juga mewujudkan persepsi bahawa orang Islam adalah ganas dan sering terbabit dengan keganasan.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan Lukman Sheriff Alias, Pengerusi Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia (MACSA) dan Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, Pengerusi Bersama MACSA dalam sebuah hantaran di laman Facebook baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, Islamofobia turut berlaku di Malaysia tetapi malangnya banyak pihak masih memandang enteng terhadap isu ini dan kesedaran mengenai penentangannya juga masih rendah.

Akibat dibanjiri berita yang memberi gambaran buruk dan menakutkan terhadap Islam, garis nilai manusia semakin kabur serta melumpuhkan deria penentangan terhadap Islamofobia. Walaupun Islam sering dikaitkan dengan keganasan, hakikat persepsi ini jauh dari fakta sebenar.

Kajian Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) pada Jun 2020 menunjukkan lebih daripada 25 tahun insiden keganasan domestik berlaku di Amerika, dan kebanyakan serangan adalah daripada bukan Islam.

Walaupun trend ini semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Islam masih dipersalahkan apabila berlaku serangan keganasan.

Menurut MACSA, liputan media Barat memilih untuk melaporkan jenayah kejam yang melibatkan orang Islam namun apabila dilakukan bukan Muslim, ideologi dan agama mereka tidak disebut. Gaya laporan ini sangat jelas dalam liputan jenayah keganasan.

“Implikasi daripada laporan media memburuk-burukkan Islam ini dapat dilihat dengan jelas melalui tindakan diskriminasi negara Barat dan Eropah dalam menangani pencabulan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia,” tambah mereka.

Misalnya, apabila Rusia menceroboh Ukraine, Barat dengan jelas memberikan sokongan mempertahankan negara Ukraine. Namun, apabila Palestin diceroboh dan berlaku penindasan terhadap rakyatnya yang dihalau dari tanah mereka, Barat tidak mengambil apa-apa tindakan untuk membantu.

Bahkan liputan media Barat melaporkan tindakan rakyat atau penyokong Palestin sebagai satu bentuk keganasan manakala rejim Israel yang menceroboh dan menindas itu pula dianggap sebagai mangsa.

Justeru, Profesor Madya Dr Rafidah dan Lukman Sheriff menasihati semua pihak terutamanya orang Islam agar menentang dan menolak sebarang anasir Islamofobia yang wujud dalam arus perdana.

MACSA mengalu-alukan Hari Penentangan Islamofobia Sedunia dan akan terus menjadi medan dalam menangani isu ini secara berkesan.

Terdahulu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan Hari Islamofobia Sedunia jatuh pada 15 Mac.

MACSA mengalu-alukan pengiktirafan ke atas permasalahan kebencian umat Islam ini yang menjadi punca mereka menjadi mangsa diskriminasi, stereotaip dan prejudis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: