Antarabangsa

Islamofobia Di Perancis: Slogan Menghina Digantung Di Pusat Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PARIS, 12 April 2021 – Kerajaan Perancis semalam menyuarakan rasa kesal berhubung perbuatan berunsur Islamofobia yang berlaku di pusat budaya Islam di barat Perancis ketikamana umat Islam sedang bersedia menyambut kedatangan bulan suci Ramadan yang bermula esok.

Slogan dengan ayat ‘Catholicism -religion of the state’ (Katolik-agama negara) dan ‘No to Islamification’ (Tidak Kepada Pengislaman) itu digantung pada sebuah bangunan yang digunakan sebagai ruang solat di bandar Rennes negara itu.

Menteri Dalam Negeri, Gerard Darmanin, yang merupakan penyokong utama undang-undang baharu anti keganasan di negara Perancis menyifatkan ia serangan jijik terhadap kebebasan beragama dan menegaskan umat Islam berhak mendapat perlindungan yang sama seperti kumpulan agama lain di Perancis.

“Serangan terhadap umat Islam ini adalah serangan terhadap Republik.”

Susulan serangan ini, Majlis Penganut Muslim Perancis (CFCM) pula mengingatkan umat Islam di Perancis supaya berjaga-jaga menjelang Ramadan ini dalam menghadapi lonjakan sentimen anti-Islam di negara itu selain menganggap perbuatan tersebut adalah agresif dan tidak boleh diterima.

Perancis mengamalkan bentuk sekularisme yang ketat dikenali sebagai ‘laicité’, yang meletakkan pemisahan jelas antara agama dan kehidupan masyarakat.

Muslim Perancis sebelum ini menyatakan kegusaran mereka setelah Dewan Perwakilan Perancis meluluskan satu rang undang-undang membenarkan pemantauan ketat di masjid, sekolah dan kelab sukan yang disifatkan masyarakat Muslim sebagai menceroboh kebebasan beragama serta menuduh Islam, agama nombor dua di negara itu sebagai radikal secara umum. (https://www.samudera.my/perancis-luluskan-ruu-pantau-islam-dan-muslim/)

Bagi Presiden Perancis, Emmanuel Macron, Rang Undang-Undang “Mendukung Kehormatan Prinsip-Prinsip Republik” itu diluluskan bagi melindungi Perancis daripada kumpulan radikal Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: