Jemaah Masjid Diserang Penyembur Beruang
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
TORONTO, 23 Mac 2022 – Jemaah sebuah masjid di Kanada berdepan dengan detik-detik cemas selepas diserang oleh seorang lelaki yang bersenjatakan kapak dan penyembur untuk beruang ketika mereka sedang menunaikan solat Subuh.
Polis Wilayah Peel menyatakan, dalam kejadian pada hari Sabtu baru-baru ini, lelaki yang berusia 24 tahun itu memasuki Pusat Islam Dar Al-Tawheed di Mississauga, Ontario, dan didakwa “menyemburkan semburan beruang ke arah orang ramai di masjid sambil mengacukan kapak” sebelum jam 7 pagi.
BACA: Isu Cek Wah Chai ‘Tidak Halal’: Salah Satu Bentuk Islamofobia – Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim
BACA: Peminat Muslim Terkilan Artis Kpop Pakai Rantai Kalimah Allah
BACA: Pengganas Kulit Putih Ugut Bunuh Para Jemaah Masjid Kanada
Para jemaah kemudiannya bertindak pantas menghentikan serangan tersebut dan berjaya menahan lelaki berkenaan sehingga pihak polis tiba di tempat kejadian.
Dilaporkan bahawa walaupun kejadian berkenaan tidak mendatangkan kecederaan parah tetapi ia mendatangkan trauma kepada para jemaah.
Penyembur menghalau beruang itu dimaklumkan boleh menjejaskan penglihatan seseorang dan boleh berlakunya kesukaran pernafasan.
Suspek telah ditahan dan polis menyifatkan tindakan ini sebagai kes terpencil dan ia bermotifkan jenayah kebencian.
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau melalui satu hantaran di Twitter mengklafikasikan kes ini sebagai sesuatu yang sangat menganggu.
“Semua tindakan keganasan tidak akan pernah mendapat tempat di Kanada dan serangan yang berlaku adalah sangat tidak wajar,” ujar beliau.
Selain itu, imam masjid tersebut, Ibrahim Hindy turut tampil dan memuji akan keberanian para jemaah dalam menumpaskan suspek berkenaan.
“Komuniti Islam tidak akan pernah menjadi lemah dan kami tidak mahu ditakut-takutkan oleh pihak tidak bertanggungjawab,’ tegas beliau.