Tempatan

99 Kawasan Sekitar Selangor Alami Gangguan Bekalan Air Isnin Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Mei 2023 – Sebanyak 99 kawasan sekitar Selangor bakal mengalami gangguan bekalan air mulai Isnin, 22 Mei ini.

Menerusi hantaran laman Facebook, Air Selangor Sdn Bhd memaklumkan gangguan bekalan air tidak berjadual akan berlaku di 99 kawasan di wilayah Klang/Shah Alam dan wilayah Kuala Selangor bermula jam 9 pagi, 22 Mei 2023 (Isnin) berikutan pelaksanaan kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.

Kerja pembaikan dijangka siap pada jam 3 pagi, 23 Mei 2023 (Selasa) dan bekalan air akan mula disalurkan kembali kepada pengguna secara berperingkat apabila kerja pembaikan siap dan sistem agihan utama bekalan air distabilkan.

“Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9:00 malam, 24 Mei 2023 (Rabu),” ujar kenyataan itu.

BACA JUGA: Menteri Nafi Lebuhraya Pan Borneo Punca Utama Banjir Kilat

BACA JUGA: Presiden ISMA Cabar MP Islam Gesa PM Tarik Balik Batal Rayuan Kalimah Allah

BACA JUGA: Kes Jill Ireland: Kalimah ‘Allah’, Apa Sebenar Yang Berlaku? – Haniff Khatri

Sementara itu, Air Selangor juga menyenaraikan kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual iaitu seperti dalam lampiran berikut:

air-1.jpg?resize=300%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1

air-2.jpg?resize=300%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1

air-3.jpg?resize=300%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1

Memetik kenyataan sama, kerja pembaikan kecemasan ini melibatkan paip saluran utama dan kawasan agihan berskala besar. Oleh sebab itu, tempoh pembaikan dan pemulihan mengambil masa yang agak lama.

“Namun begitu, sekiranya kebocoran menjadi kritikal, kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah tersebut akan dimulakan lebih awal daripada tarikh yang telah dimaklumkan.”

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air,” tambah syarikat pengurusan air berkenaan.

Mengulas lanjut, Air Selangor turut menasihatkan para pengguna yang terkesan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan ini.

Sebarang maklumat lanjut, pertanyaan atau aduan, pengguna boleh berhubung dengan Air Selangor menerusi saluran komunikasi rasmi iaitu aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram, Twitter atau hubungi di talian 15300. Pengguna juga boleh mengajukan pertanyaan atau aduan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: