Tempatan

Siasat Dulu, Jangan Terburu-Buru Sensasi Islamofobia – Dato’ Naser Disa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Februari 2023 – Mantan Peguam Kanan Persekutuan berpengalaman luas dalam hal ehwal agama Islam, Profesor Dato’ Mahamad Naser bin Disa menegaskan bahawa tindakan pihak yang mensensasikan kisah guru menyuruh muridnya masuk Islam untuk karier sukan itu adalah cubaan untuk mencetuskan Islamofobia di negara ini.

Menjelaskan lebih terperinci, beliau berkata, isu ini sama sekali tidak tepat jika mengatakan guru tersebut menyalahi Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan (yang menjamin kebebasan beragama) seperti mana disebutkan pihak terbabit.

BACA JUGA: Usul Tiada Pertandingan: ROS Bagi UMNO 60 Hari Perjelaskan

BACA JUGA: Rejim Zionis Mahu Jadikan Ronaldo Ikon Normalisasi Dengan Saudi

BACA JUGA: Gempa Turkiye-Syria: JAKIM, JAWI Laksana Kutipan Derma Setiap Jumaat

Ini kerana, hak muslim untuk propagate, bersembang ataupun berdakwah berkenaan agama Islam adalah tidak menjadi kesalahan, maka itu tidak boleh dijadikan isu satu penyalahgunaan kedudukan atau lain-lain.

“Ada pihak-pihak tertentu yang menggunakan media untuk sensasikan sentimen Islamofobia, walaupun kedudukan sebenar belum disiasat tetapi sentimen Islamofobia begitu terserlah, ” kata Dato’ Mahamad Naser.

Jelas beliau, mereka cuba menyalahgunakan prinsip hak kebebasan beragama walhal agama Islam sebagai agama negara boleh disebarkan secara meluas.

“Sebaliknya, yang tak boleh disebarkan secara meluas begitu adalah doktrin dan agama lain kepada orang Islam,” tegasnya.

Tambah beliau, ianya boleh dikatakan menyalahi Perlembagaan sekiranya guru tersebut menyuruh muridnya itu melakukan amalan agama lain, contohnya seperti murid tersebut beragama Hindu tetapi disuruh menunaikan solat, jelas Profesor Dato’ Mahamad Naser.

Beliau juga mempersoalkan mengapa isu ini disensasikan sedangkan ia perlu disiasat terlebih dahulu, maka di situ ada unsur-unsur kesalahan Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan kesalahan bagi sebarang perlakuan yang menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan atau permusuhan, kebencian atau niat jahat atas alasan agama.

“Sepatutnya disiasat itu,” ujar Profesor Dato’ Mahamad Naser.

Justeru, dalam isu ini, beliau menggesa siasatan mendalam dilakukan dari kedua-dua pihak, pihak polis dan jabatan agama bagi mengelakkan ketidakadilan berlaku.

Beliau juga menasihatkan pihak-pihak aktivis supaya meneliti isu ini secara sah dan mendalam dan tidak berdasarkan sentimen.

Dalam masa sama, beliau turut menegaskan agar kita jangan terperangkap dengan permainan sentimen oleh media.

Baru-baru ini, sebuah portal melaporkan bahawa seorang guru didakwa menggalakkan seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Kuala Lumpur untuk memeluk Islam, dengan mendakwa ia akan meningkatkan peluangnya untuk menjadi pemain bola sepak kebangsaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: