Tempatan

Kes Kalimah Allah: Kerajaan Patut Betulkan Kesilapan Dengan Menarik Balik Pembatalan – Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Mei 2023 – “Tindakan membatalkan rayuan terhadap kes kalimah Allah adalah tindakan luar biasa dari Kerajaan Madani. Sepatutnya, Kerajaan membiarkan sahaja rayuan ini berjalan tanpa campur tangan untuk membatalkannya,”ujar bekas Presiden ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah Kerajaan Madani di bawah pimpinan PMX wajib arahkan Peguam Negara menarik balik pembatalan rayuan terhadap kes kalimah Allah di Mahkamah?

Tegas beliau, Kerajaan patut membetulkan kesilapan ini dengan menarik balik pembatalan tersebut dan membiarkan proses berjalan di Mahkamah.

Menurutnya, apa-apa isu berkaitan Islam bukan hanya patut dirunding bersama dengan institusi-institusi yang menjaga agama Islam seperti Istana, JAKIM dan sebagainya. Bahkan, ia juga sepatutnya mengambil kira pandangan masyarakat Islam yang diwakili oleh NGO Islam dan pimpinan masyarakat.

Tambah beliau lagi, mengetepikan pandangan mereka menunjukkan Kerajaan Madani sama ada tidak cerdik dalam membuat keputusan atau terlalu gopoh sehingga membuat tindakan yang amat terburu-buru.

Lebih malang lagi, jika ini menunjukkan Kerajaan Madani tidak mampu menahan tekanan yang datang dari pihak berkepentingan dari penganut agama selain Islam.

Justeru, adakah tindakan PMX dan Kerajaan Madani ini satu tindakan melampau terbesar dan biadab dalam era pemerintahan yang tidak mempedulikan hak dan kesucian agama Islam sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan serta tidak menjaga kepentingan-kepentingan majoriti umat Islam di negara ini?

Jelas Ustaz Muhammad Fauzi, Kerajaan Madani ternyata tidak prihatin dan tidak mampu dalam menjaga kepentingan umat Islam. Perkara ini ditunjukkan bukan hanya dari kes kalimah Allah ini, bahkan sebelumnya sudah berlaku beberapa kes yang menunjukkan kepentingan umat Islam yang majoriti diketepikan.

“Ini seperti isu peruntukan berat sebelah yang diberikan kepada sekolah vernakular swasta dan sekolah tahfiz swasta,” katanya.

Persoalannya, wajarkah Kerajaan bertindak secara sembunyi dari pengetahuan masyarakat Islam mengenai isu agama Islam?

Beliau menjelaskan, Kerajaan Madani tidak berani berhadapan secara terang-terangan dengan masyarakat Islam. Mereka lupa bahawa ini adalah zaman internet di mana maklumat berada di hujung jari.

“Sikap buat tindakan secara sembunyi hanya akan menjatuhkan kepercayaan masyarakat Islam terhadap Kerajaan Madani,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: