Tempatan

Isu Kalimah Allah: Arahan Politik Sampai Mengatasi Rukun Iman – Buzze Azam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Mei 2023 – “Hari ini arahan politik dilihat lebih dominan sehingga dapat mengatasi Rukun Iman,” ujar peguam, Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Buzze Azam.

Menurutnya, walaupun Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Peguam Negara bertindak atas budi bicaranya sendiri, namun umum mengetahui bahawa semua Peguam Negara sebelum-sebelum ini pun bertindak atas arahan politik.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah Kerajaan Madani di bawah pimpinan PMX wajib arahkan Peguam Negara menarik balik pembatalan rayuan terhadap kes kalimah Allah di Mahkamah?

Tambahnya, Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini kelihatan stabil atas ihsan sokongan politik daripada parti-parti politik yang tidak mesra Islam. Jadi, tidak pelik Senator Menteri KDN mengeluarkan arahan sedemikian demi survival politik Kerajaan Perpaduan.

Persoalannya, apakah Tindakan Unilateral Kerajaan Madani di bawah PMX tanpa merujuk dan berunding dengan pemegang taruh utama isu melibatkan Islam iaitu Majlis Raja-Raja, Majlis-Majlis Agama Islam Negeri dan pihak-pihak berkepentingan Islam di dalam negara, dalam tindakan ini, boleh dianggap tidak menghormati Institusi yang lebih tinggi dari cabang eksekutif negara sehingga boleh mencetuskan keadaan yang tidak baik dalam negara.

Buzze Azam berkata, PMX menganggap mereka tidak perlu berunding dengan pemegang taruh Institusi Islam kerana Kerajaan percaya dengan kenaikan elaun guru KAFA dan elaun Imam, Bilal dan Siak telah memadai untuk mendiamkan mereka dari mempersoalkan keputusan Kerajaan berkenaan.

Maka, adalah lebih penting Kerajaan PMX mendengar dan melayan rungutan bukan Islam kerana mereka yang menentukan blok sokongan terbesar kepada kestabilan Kerajaan Madani ini.

Ditanya, adakah tindakan PMX dan Kerajaan Madani ini satu tindakan melampau terbesar dan biadab dalam era pemerintahan yang tidak mempedulikan hak dan kesucian agama Islam sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan serta tidak menjaga kepentingan kepentingan majoriti umat Islam di negara ini?

“Sebenarnya, tidak. Ini bukan tindakan biadab yang terbesar kerana mereka baru lagi menjadi Kerajaan tak sampai setahun. Banyak lagi perancangan mereka untuk menghina Melayu dan Islam sedang dilaksanakan secara sistematik dengan kerjasama erat kepimpinan Melayu Islam sendiri,” ujarnya.

Tambah beliau, mereka telah menjaga kepentingan majoriti umat Islam dengan memberikan cuti tambahan sempena Aidilfitri, baru-baru ini.

Kita lihat, mengapa Ahli-Ahli Parlimen Islam yang mendukung kewujudan Kerajaan Madani ini gagal memainkan peranan untuk membantah serta menghalang tindakan Unilateral ini?

Beliau berkata, hal ini kerana Ahli Parlimen Islam ini takut hilang sokongan pengundi dan tak dapat terus menjadi calon dalam pilihan raya akan datang. Mereka malu dilabel Islamis atau rasis.

Sebaliknya, mereka lebih berbangga berkiblatkan kepentingan politik berbanding Rukun Iman. Ini selaras dengan kepimpinan akhir zaman yang didominasi pemimpin munafik. Mereka berjubah untuk dilihat seperti tawaduk sahaja,” ujarnya.

Justeru, wajarkah Ahli-Ahli Parlimen Islam yang bermaruah di dalam Kerajaan dan Pembangkang untuk memberi tekanan supaya tindakan Unilateral tidak menghormati Agama Islam, Perlembagaan dan Institusi yang telah bersumpah dan dipertanggungjawabkan untuk memeliharanya pada semua masa ini, ditarik balik?

Menurut Buzze Azam, Ahli Parlimen bermaruah semuanya telah dipecat. Yang tinggal adalah Ahli Parlimen yang sanggup bersekongkol dengan musuh demi mendapatkan kuasa. Tiada mana-mana Ahli Parlimen Melayu Islam yang berani berkata benar demi Melayu dan Islam lagi sekarang.

“Sumpah yang mereka lafazkan ibarat sekadar membaca skrip. Saya tak harap pun mereka akan tersinggung dengan kenyataan ini,” ujar beliau.

Melihat, kegagalan Ahli-Ahli Parlimen Islam menggesa Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengarahkan penarikan balik pembatalan rayuan itu, harus dianggap sebagai KEGAGALAN UTAMA mempertahankan Agama Negara dan boleh dianggap sebagai pemimpin tidak amanah?

Beliau berkata, trend politik masa kini, jika sesiapa yang berbeza pandangan dengan kepimpinan, pasti jangka hayat politiknya tidak sampai sepenggal. Kebanyakan mereka mahu mendapat jaminan wang pencen masing-masing. Jadi mereka tidak akan bersuara menentang atau hilang pencen.

Persoalannya sekarang, masih bolehkah pembatalan itu ditarik balik atau tidak, kalau boleh, prosedurnya macam mana?Kalau tak boleh, apa lagi boleh dilakukan?

Buzze Azam mendedahkan, sebenarnya, permohonan pembatalan itu boleh ditarik balik selagi belum didengar dan dimuktamadkan oleh Mahkamah. Tapi dengan kemerduan suara PMX berduet dengan Zaki Yamani mendendangkan lagu ‘Oh Azizah’ baru-baru ini, saya tak rasa pembatalan ini akan diarahkan,” ujarnya mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: