Tempatan

Laporan Media Kes Mahkamah Vernakular Berat Sebelah – Buzze Azam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 25 November 2021 – “Malaysiakini seperti biasa melaporkan berita saman sekolah vernakular secara berat sebelah,” kata peguam Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz.

Ujar beliau, hujah berkaitan pelajar Cina lemah penguasaan Bahasa Kebangsaan hanyalah 10% daripada kandungan hujah plaintif.

“60% hujahan Plaintif adalah berkisar bahawa penggunaan bahasa selain daripada Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di institusi awam adalah bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan,” kata Mohd Khairul Azam yang lebih dikenali dengan nama Buzze Azam.

Tambah peguam itu, “Plaintif mengiktiraf hak Perlembagaan kaum-kaum lain untuk belajar bahasa ibunda mereka sebagai matapelajaran, bukannya menjadikan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar utama di sekolah yang menerima dana awam.”

Menyentuh mengenai hujah Gopal Sri Ram yang mewakili pihak defendan, Buzze Azam berkata, “Hujahan Gopal Sri Ram seperti biasa cuba main isu teknikal, takda kerugian dibuktikan, tak boleh dibawa isu ini ke mahkamah bla bla bla sedangkan kebanyakan masa sebelum dia bangun berhujah, dia hanya memejamkan mata saja di dalam mahkamah.”

Tegas beliau lagi, kes rujukan utama plaintif adalah kes Universiti Merdeka dan kes Mark Koding.

“Namun hujahan utama plaintif ini tidak dilaporkan oleh Malaysiakini, ” kata Buzze Azam dengan kesal.

Perbicaraan berkaitan saman sekolah vernakular ini akan menentukan sama ada kewujudan sekolah vernakular sejak merdeka sehingga kini adalah bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan atau tidak.

Keputusan kes ditetapkan pada 29hb Disember secara fizikal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: