Tempatan

Kalimah Allah: Tiga Majlis Agama Islam Sebagai Sahabat Mahkamah Tidak Dirundingi – Haniff Khatri Abdulla

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Mei 2023 – “Saifuddin Nasution kata BERBULAN-BULAN sebelum penarikan balik Notis Rayuan, beliau telah pun sampaikan niat untuk menarik balik kepada Kabinet. Nombor satu. So kalau BERBULAN-BULAN sampaikan, kenapakah awak tak maklumkan kepada kami?! Kami ni, Majlis Agama Islam ni, hina ke?! Itu berbulan-bulan. Forget berbulan-bulan. Satu bulan pun, kenapa tak maklumkan kami pada 18 April 2023?! Kami ni Rakan Mahkamah, anda pun tahu. Dalam penghakiman tu ada rujuk hujah-hujah yang disampaikan oleh peguam Rakan Mahkamah. Mahkamah beri pengiktirafan, awak buat macam tu,” kata Peguam Senior, Haniff Khatri Abdulla.

Beliau yang mewakili tiga Majlis Agama Islam dalam kes kalimah Allah oleh Jill Ireland ini meluahkan rasa kesal dan kecewanya atas tindakan Kerajaan yang bukan sahaja menarik balik rayuan dalam kes ini, malah langsung tidak memaklumkan kepada tiga buah Majlis Agama Islam iaitu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) yang dilantik menjadi Rakan Mahkamah (Amicus Curiae) dalam rayuan tersebut.

BACA JUGA: 11 (4) Tidak Benarkan Dakyah Orang Islam. Tolong Hormat – Pengerusi PEMBELA

BACA JUGA: Salah Guna Kalimah Allah: Tindakan MCCBCHT Mohon Semak Di Peringkat Negeri Membelakangkan Raja-Raja Melayu

BACA JUGA: Allah Kita Tidak Beranak Dan Tidak Diperanakkan – Kamal Shukri MPM

Kata Haniff, kes ketika di Mahkamah Tinggi, ditangguhkan 22 kali sebab pada masa itu Mahkamah dimaklumkan oleh Peguam Persekutuan yang mewakili Kerajaan bahawa Kerajaan sedang berunding di atas permintaan Jill Ireland dan pihak-pihak di belakang Jill Ireland untuk cuba selesaikan perkara ini.

“Bila rayuan difailkan, kami menunggu rayuan. Rayuan ni bukan terus pergi Mahkamah cakap ‘Saya nak hujah hari ini’. Mahkamah yang tentukan. Pada masa itulah, Mahkamah telah tetapkan, semalam, 19 Mei 2023 sebagai tarikh pengurusan.”

Tambahnya, sebelum itu, pada 19 Januari tahun ini, kami telah pergi ke Mahkamah Rayuan, untuk memohon semula (selepas selesai bicara Mahkamah Tinggi) untuk Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) menjadi Rakan Mahkamah (Amicus Curiae), dan Mahkamah benarkan.

“Pemberian taraf sebagai Rakan Mahkamah itu adalah di hadapan Mahkamah Rayuan, dengan kehadiran Peguam Persekutuan dan Peguam Jill Ireland. Tetapi pada 15 Mei 2023, hari Isnin yang baru lalu, terdedah bahawa Notis Rayuan tersebut ditarik balik pada 18 April 2023. Macam mana kami dapat tahu? Di atas ehsan Mahkamah. Mahkamah ada tarikh pengurusan kes ini hari Jumaat. So, Mahkamah dah dapat notis ni, ia kena lapangkanlah tarikh tersebut kalau rayuan dah tamat. So bila orang failkan rayuan, rayuan tamat. So, Mahkamah yang hantar surat kepada kami yang tidak dipedulikan oleh Peguam Persekutuan mahupun peguam Jill Ireland,” kata beliau lagi.

Kata Haniff lagi, surat yang dihantar berbunyi, ‘Mahkamah telah menerima Notis Penarikan Balik Rayuan bertarikh 18 April 2023 dan yang dipersetujui oeh Peguam Persekutuan dan Peguam Jill Ireland. Oleh itu tarikh yang ditetapkan pada 19 Mei 2023 dilapangkan.’

“Tak ke gila ni macam mana boleh selesai ni?!”

“Itulah sebab kami telah edarkan salinan Notis Penarikan Balik Notis Rayuan tersebut. Bukan untuk tujuan politik, tetapi untuk rakyat faham apa yang berlaku. Yang mempolitikkan perkara ini adalah ahli politik!” kata beliau lagi dalam satu sesi Meja Bulat Perundangan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) pada Sabtu, 20 Mei 2023 bertempat di Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Kuala Lumpur.

Sesi meja bulat itu turut menampilkan mantan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar sebagai panel, bergandingan dengan Haniff Khatri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: