NGO

UMMAH Seru Umat Pertahan Kalimah Allah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyeru semua pihak umat Islam bersatu mempertahankan kalimah Allah tanpa mengira ideologi dan perbezaan politik, daripada digunakan oleh pihak lain selepas pihak Kerajaan menarik balik kes yang melibatkan pertikaian penggunaan kalimah Allah oleh pihak yang bukan beragama Islam.

Pihak Kerajaan iaitu KDN telah menarik balik kes tersebut pada 18 April 2023 yang lepas.

Umat Islam tidak boleh lagi berdiam diri dan mengharapkan Kerajaan mempertahan kesucian agama Islam apabila kes ini telah ditarik balik oleh pihak Kerajaan sendiri.

UMMAH menyeru semua pihak termasuk pimpinan NGO dan pemimpin umat Islam mendesak agar bersatu mempertahankan kalimah suci ini.

UMMAH bersedia bersama-sama seluruh umat Islam pada bila-bila masa mempertahankan kalimah suci ini sehingga turun ke jalanan jika diperlukan.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: