Antarabangsa

Ahli Parlimen India Kerahkan Pasukan Cybertrooper Lawan Pelampau Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

NEW DELHI, 17 September 2021 – “Saya desak para pahlawan media sosial dan anak-anak muda untuk gunakan papan kekunci mereka melawan golongan pelampau Islam yang sedang menyebarkan kebencian dan memfitnah India,” seru pemimpin kanan parti BJP, P Muralidhar Rao.

Ahli Parlimen tersebut mengeluarkan arahan itu di hadapan hampir 500 orang cybertrooper penyokong parti pemerintah dalam sebuah majlis yang bertemakan ‘Kebangkitan pelampau Islam dalam politik dan ancamannya kepada keselamatan di India’.

“Setelah Narendra Modi naik menjadi Perdana Menteri, sempadan-sempadan India menjadi selamat. Dan kini, puak keras tegar ini sudah ubah cara kerja mereka. Mereka gunakan media sosial sebagai senjata. Mereka sedang menyebarkan penipuan dan memperdayakan rakyat India,” tegas Rao.

Kerajaan India pimpinan Narendra Modi sebelum ini sudah pun memburu Dr Zakir Naik dan mengharamkan organisasi dakwahnya, Islamic Research Foundation (IRF) atas tuduhan menyokong keganasan pelampau Islam.

Rao juga menuduh madrasah-madrasah pengajian Islam sebagai tempat penghasilan golongan pelampau Islam sebelum ini, dan kini mereka juga boleh lahir dari media sosial.

Rao berkata, “Mereka adalah ancaman yang sebenar kepada rakyat India. Pelampau Islam yang awal pernah dilahirkan oleh madrasah dan kini mereka boleh muncul dari media sosial.”

Rao mahu umat Islam di India faham akan hakikat ini dan sedar bahawa mereka ada pelbagai jenis kebebasan yang tidak dapat dinikmati oleh rakyat Afghanistan.

“Mereka dapat segala-galanya: kebebasan untuk bersukan, bekerja, melancong, kesemua yang rakyat Afghanistan hilang akibat dari kebangkitan puak pelampau Islam.”

“Kita akan bercakap mengenai Afghanistan kerana ia pernah menjadi sebahagian daripada India sebelum ini dan kita merasa kecewa apabila melihat keadaan golongan wanita dan komuniti lain di sana.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: