Antarabangsa

Islamofobia: Puluhan Masjid Di Jerman Diserang Pada Tahun Lalu – Laporan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JERMAN, 29 Mei 2023 – Sekurang-kurangnya 35 masjid diserang di Jerman pada tahun lalu di mana sebahagian besar serangan adalah berpunca daripada peningkatan Islamofobia dan ekstremisme sayap kanan negara itu, menurut penyelidikan baharu yang diterbitkan oleh Kesatuan Turki-Islam untuk Hal Ehwal Agama (DITIB).

Pejabat anti-diskriminasi DITIB baru-baru ini menerbitkan laporan 32 muka surat yang mendokumentasikan jenayah kebencian, ancaman dan serangan terhadap masjid dan kumpulan Islam di Jerman pada tahun 2022.

Menurut pakar DITIB dalam laporannya, “Perdebatan yang berpolarisasi dan tidak objektif, peningkatan stigma (terutamanya demonisasi umat Islam), membawa kepada peningkatan serangan yang menyasarkan masjid.”

BACA JUGA: YPPM Gesa Isytihar Pondok Pesantren Di Jawa Barat Sebagai Sesat

BACA JUGA: 200,000 Bangladesh Di Malaysia Tiada Dokumen, Bangladesh Bakal Jadi Bangsa Minoriti?

BACA JUGA: Cuaca Panas: Aktivis Gesa Tindakan Realistik Diambil

Kata laporan itu, dalam 35 buah masjid yang diserang, 19 daripadanya adalah didorong oleh Islamofobia dan lapan lagi didorong oleh pelampau sayap kanan.

Dalam tujuh kes, sentimen anti-Turkiye menjadi pendorong utama suspek.

Untuk rekod, Jerman mempunyai penduduk Islam kedua terbesar di Eropah Barat, selepas Perancis dengan populasi lebih 84 juta orang.

Pada awal Mei lalu, pihak polis Jerman telah membuka siasatan terhadap seorang individu lelaki selepas cubaan menyerang dan membakar masjid buat kali kedua.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: