Antarabangsa

Terpalit Islamofobia, Sweden Haramkan Sekolah Islam

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 21 November 2022 – Kerajaan Sweden terus menerus menutup institusi akademik Islam dalam usaha untuk menolak retorik anti-Islam dan menghentikan penswastaan dalam pendidikan.

Awal tahun ini, Menteri Pendidikan negara Nordic ketika itu, Lena Axelsson Kjellblum memberitahu bahawa kerajaannya telah memperkenalkan rang undang-undang yang melarang penubuhan sekolah agama persendirian.

Rang undang-undang itu pada dasarnya menghalang sekolah daripada berkembang dengan menambah bilangan pelajar mereka atau membuka cawangan baharu mulai 2024 dan seterusnya.

Ketika rang undang-undang itu mula diperkenalkan oleh kerajaan, ia mendakwa semua sekolah agama akan terjejas.

Namun, pada hakikatnya, perkara ini tidak berlaku kerana tidak ada sekolah agama lain yang ditutup kecuali sekolah Islam.

Sehingga kini, kira-kira 20 sekolah sekitar Framstegsskolan di pinggir bandar Ragsved di Stockholm yang diklasifikasikan sebagai Islam atau yang dimiliki oleh orang Islam telah ditutup.

Sead Busuladzic, ahli lembaga parti politik Nyan dan pegawai tertingginya di daerah paling selatan Skane, memberitahu bahawa penutupan sekolah itu bukan kerana pendidikan, tetapi kerana iklim politik anti-Muslim.

Beliau menegaskan bagaimana parti-parti sayap kanan yang kini berkuasa, secara jelas mengatakan mereka tidak menentang Kristian, Yahudi atau sekolah lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: