Tempatan

PM10 Ikrar Akan Kukuhkan Lagi Kerjasama Dengan Negara India

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 26 November 2022 – “Terima kasih PM@narendramodi, India rakan kongsi penting bagi Malaysia. Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan anda untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk pelaburan perdagangan dan budaya,” kata Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri India di Twitternya.

Kenyataan ini merupakan ucapan balas Dato’ Seri Anwar Ibrahim kepada Narendra Modi yang mengucapkan tahniah atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

“Tahniah Dato’ Seri @anwaribrahim atas pemilihan anda sebagai Perdana Menteri Malaysia. Saya berharap dapat bekerjasama rapat untuk mengukuhkan lagi Perkongsian Strategik Dipertingkat India-Malaysia,” kata Modi.

Pada Khamis baru-baru ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas dipilih untuk memimpin Kerajaan Perpaduan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut media, hubungan antara India dan Malaysia telah berkembang daripada Perkongsian Strategik pada 2010 kepada Perkongsian Strategik Dipertingkat pada 2015 menyasarkan kerjasama baharu dalam diplomasi kebudayaan, ekonomi digital dan komoditi agro.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: