Antarabangsa

Perkasakan Undang-Undang Anti Sembelih Lembu – Tukang Tilik Pejawar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KARNATAKA, 07 Januari 2023 – Tukang tilik Pejawar, Vishwaprasanna Theertha Swamiji, menuntut kerajaan India yang diketuai Bharatiya Janata Party (BJP) untuk memperkasakan Undang-Undang Anti Sembelih Lembu.

Katanya lagi, walaupun kerajaan sudah menggubal Undang-Undang Anti Sembelih Lembu, namun penyembelihan lembu masih juga berlaku.

“Ramai orang mencari rezeki dengan menjual susu lembu. Lembu-lembu mereka dibawa pergi untuk disembelih.”

BACA JUGA: Undang-Undang Antarabangsa Tidak Boleh Mengatasi Kedaulatan Undang-Undang Negara Berdaulat – Haniff Khatri

BACA JUGA: Piala AFF: Operasi LRT Bukit Jalil Dilanjut Hingga 12.30 Tengah Malam

BACA JUGA: Label Kerajaan Tak Beretika, JAKIM Siasat Pegawai

Kerana itu beliau mahu “Kerajaan dan jabatan polis harus mengambil tindakan tegas dalam hal ini untuk mencegah perkembangan seperti itu… Barulah keamanan dan keharmonian dapat dicapai dalam masyarakat.”

Selain itu, Vishwaprasanna turut menuntut agar Akta Anti-Penukaran Agama diperkasa.

“Walaupun Akta Anti-Penukaran Agama sudah wujud, namun penukaran agama secara paksa masih berlaku. Keluarga berpecah belah membawa kepada kehilangan nyawa dan kebencian yang semakin meningkat. Kerajaan harus membuat usaha khas untuk menjadikan undang-undang sedia ada lebih berkuasa.”

Justeru, tukang tilik itu sekali menegaskan bahawa kerajaan BJP perlulah memberi perhatian khusus untuk memperkasakan Undang-Undang Anti Sembelih Lembu dan Akta Anti-Penukaran Agama sedia ada.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: