India Vs Hijab: Duta AS Nyatakan Kebimbangan
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
WASHINGTON, 15 Februari 2022 – Duta Besar Amerika Syarikat bagi Kebebasan Beragama Antarabangsa, Rashad Hussain menyuarakan kebimbangan beliau terhadap isu yang menjadi perbualan hangat baru-baru ini mengenai larangan pemakaian tudung di sekolah dan kolej di selatan India, Karnataka.
BACA: Ceroboh Tanah Organisasi Islam, Kuil Minta Pampasan – Wan Asshima Kamaruddin
BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak
BACA: Pelampau Hindutva Berpesta Hancurkan Kubur Umat Islam
Rashad Hussain mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial Twitternya pada 11 Februari 2022 mengatakan bahawa kebebasan beragama adalah termasuk dalam hak seseorang untuk memilih pakaian agama masing-masing.
Beliau berpendapat bahawa negeri Karnataka di India itu tidak sepatutnya memberikan kebenaran terhadap pakaian agama tertentu.
Malangnya, Kementerian Luar India memberi maklum balas kepada Rashad Hussain dan mengganggap beliau cuba untuk mencampuri urusan dalaman negara itu kerana kes tersebut masih di peringkat kehakiman.
Arindam Bagchi yang merupakan jurucakap bagi kementerian itu berkata, rangka kerja dan mekanisme perlembagaan serta etos dan politik demokrasi India adalah konteks dengan sesuatu isu dipertimbangkan dan diselesaikan.
“Komen bermotivasi mengenai isu dalaman kami adalah tidak dialu-alukan” tegas beliau.
Tiga panel hakim akan mendengar semula kes ini bagi menentukan keputusan baharu di mana sekolah dan kolej boleh memberi arahan kepada pelajar supaya tidak memakai hijab di dalam kelas.