Antarabangsa

Pelarian Kristian Ukraine Dipersilakan Tetapi Bukan Muslim – Calon Presiden Perancis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PARIS, 13 Mac 2022 – Seorang calon presiden sayap kanan Perancis, Eric Zemmour baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan Islamofobia di mana beliau telah mengalu-alukan kedatangan pelarian Kristian Ukraine ke Perancis, tetapi bukan pelarian Muslim.

Dalam temu bual bersama saluran berita Perancis, BFM TV pada 8 Mac lalu, beliau berkata bahawa orang Ukraine adalah orang Eropah dan Kristian.

“Saya tahu orang Ukraine adalah orang Eropah Kristian, oleh itu mereka lebih dekat kepada kita, orang-orang Perancis.”

Menurutnya, mereka lebih dekat dengan budaya Perancis daripada pelarian Muslim yang datang dari negara-negara Arab. Tidak seperti pelarian Muslim, pelarian Ukraine dipercayai hanya akan menimbulkan sedikit masalah dari segi asimilasi dan akulturasi.

Ketika disoal adakah beliau menerima pelarian orang kulit putih (Kristian) dan menolak pelarian Arab (Muslim), beliau mengiyakannya. Menurut beliau pendatang Arab atau Islam terlalu berbeza, dan semakin sukar untuk mengasimilasikan dan membudayakan mereka.

Beliau turut berpendapat bahawa pelarian Ukraine yang mempunyai hubungan keluarga di Perancis harus diberikan visa dan dibenarkan masuk ke negara itu, tidak seperti orang Islam yang melarikan diri dari konflik di negara Islam Arab.

Eric Zemmour mencadangkan agar Perancis mematuhi dasar UK, iaitu menerima pelarian yang hanya mempunyai keluarga di sana.

“Jika mereka mempunyai hubungan dengan Perancis, jika mereka mempunyai keluarga di Perancis…mari beri mereka visa.”

Zemmour memuji pendekatan Britain yang lebih ketat dalam pemberian visa bagi pelarian Ukraine.

Beliau turut memperingatkan bahawa ‘tindak balas emosi’ terhadap krisis ini akan menyebabkan kebanjiran pelarian di seluruh Eropah.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan lebih daripada 2 juta rakyat Ukraine telah meninggalkan negara itu.

Zemmour yang beberapa kali disabitkan kesalahan kerana memberikan komen perkauman dan Islamofobia itu menyifatkan Perancis dahulunya sebagai sebuah negara yang hebat namun kian merosot kerana tamadun Kristian negara tersebut kini dipengaruhi oleh Islam dan pendatang.

Penerimaan Eropah secara tangan terbuka terhadap pelarian Ukraine ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati beberapa pelarian Arab yang menganggap ini adalah pilih kasih.

Terdahulu, rejim Tel Aviv telah mengalu-alukan kedatangan pelarian Yahudi di Kiev untuk berpindah ke Israel malah ia sanggup menghapuskan halangan birokrasi bagi memastikan ketibaan mereka secepat mungkin.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: