Antarabangsa

Mahkamah Tinggi India Perintah Muslimah Tanggal Tudung Untuk Dapatkan Pendidikan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KARNATAKA, 15 Februari 2022 – Selepas dilarang berhijab, gadis dan wanita Islam di institusi pendidikan di India dipaksa membuka hijab mereka sebelum masuk ke kawasan sekolah/kampus.

Ini merupakan arahan terbaru Mahkamah Tinggi India susulan kejadian serangan pelampau Hindu terhadap gadis-gadis Muslim berhijab yang berlaku baru-baru ini.

BACA: Ceroboh Tanah Organisasi Islam, Kuil Minta Pampasan – Wan Asshima Kamaruddin

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

BACA: Pelampau Hindutva Berpesta Hancurkan Kubur Umat Islam

Menurut mahkamah, pelajar Muslimah yang menghadiri kelas dilarang memakai tudung sehinggalah keputusan lengkap terhadap petisyen larangan bertudung bagi pelajar Muslimah dikeluarkan.

Dalam video yang kini tular di media-media sosial, pensyarah, pelajar malah kanak-kanak sekolah yang masih kecil dipaksa menanggalkan hijab mereka oleh rakan sekerja Hindu jika mahu tetap meneruskan pengajaran atau pembelajaran mereka di sekolah/kampus.

“Menimbulkan kehinaan terhadap kanak-kanak Muslim yang tidak berdosa, kakitangan sebuah sekolah kerajaan di #Belagavi memaksa mereka menanggalkan burqa/hijab berhampiran pintu pagar di depan orang ramai,” kata Shreyas HS dalam ciapannya.

“Di Belagavi gadis-gadis dan kakitangan Muslim dipaksa menanggalkan burqa mereka di hadapan pintu pagar.”

“Bukankah ini satu penghinaan?” ujar Shuja pula.

Beliau turut menyertakan tanda pagar HijabAdalahHakAsasi dalam ciapannya sebagai tanda solidariti terhadap Muslimah di India yang berada dalam keadaan tertekan sekarang.

Menurut Ashuk, seorang lagi pengguna Twitter, ini bukan mengenai uniform semata-mata tetapi satu cara untuk menghina dan memalukan Muslim di India.

“Ini bukan tentang uniform sekolah di India. Ia untuk mengaibkan orang Islam India secara terbuka dari zaman kanak-kanak mereka dan menjadikan mereka warganegara kelas kedua.”

Manakala seorang ibu beragama Islam rela untuk tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah jika mahkamah mengharamkan pemakaian hijab.

“Kami tidak akan menghantar anak-anak kami ke sekolah jika mahkamah haramkan hijab – Ibu pelajar Muslim.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: