Antarabangsa

Mahkamah Terima Petisyen Penganut Hindu Ingin Sembahyang Di Masjid

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

VARANASI, 17 September 2022 – Sebuah mahkamah di utara India bersetuju untuk mendengar petisyen daripada penganut Hindu yang ingin menunaikan sembahyang di masjid, tetapi menolak rayuan Muslim yang ingin petisyen itu dinafikan.

Awal tahun ini, sekumpulan wanita Hindu memfailkan saman tersebut untuk mendapatkan hak dalam menunaikan sembahyang harian di Masjid Gyanvapi yang mereka dakwa pernah menjadi tapak kuil Hindu.

Masjid tersebut yang dibina oleh Maharaja Mughal Islam Aurangzeb pada tahun 1669 telah menjadi tempat tumpuan keganasan antara komuniti India yang majoritinya Hindu dan minoriti Islam. Dakwaan mengatakan bahawa masjid itu dibangunkan selepas perobohan kuil Shiva di tapak tersebut.

Dalam pada itu, jawatankuasa pengurusan Masjid Gyanvapi mencabar saman yang dibuat sekali gus memetik Akta Tempat Ibadat 1991 yang menyatakan bahawa sifat keagamaan semua tempat ibadat awam mesti dikekalkan seperti pada 15 Ogos 1947. Mereka akan merayu kepada kepada pihak mahkamah tinggi untuk mencabar perintah itu.

Zafarul-Islam Khan, pemimpin masyarakat Islam Delhi berkata, “Kes mahkamah yang sama sedang berlaku di seluruh negara melibatkan masjid dan bangunan Islam. Akta tersebut sudah tidak bermakna dengan perintah yang dikeluarkan.”

“Perlahan-lahan kes mengenai hak penganut Hindu akan dibuat kemudian semuanya akan dirampas pada saat yang tepat pada masa akan datang, seperti yang berlaku pada Masjid Babri. Kini tiada undang-undang dan komitmen yang suci di India,” tambah beliau.

Pemimpin masyarakat Islam turut meluahkan kebimbangan mereka sekiranya keputusan itu akan mencetuskan peristiwa serupa dengan rusuhan agama pada 1992 di mana penganut Hindu memperakui Masjid Babri sebagai tempat kelahiran dewa mereka lalu bertindak memusnahkan masjid tersebut.

Tindakan ganas mereka telah mengakibatkan beberapa siri protes di seluruh negara sekali gus meragut lebih 2,000 nyawa rakyat, kebanyakannya beragama Islam.

Sementara itu, peguam yang mewakilkan penganut Hindu memaklumkan bahawa sesi pendengaran kes seterusnya akan berlangsung pada 22 September ini.

Pertikaian antara komuniti agama mengenai tapak sedemikian telah meningkat sejak kemerdekaan India oleh Britain pada 1947, tetapi ia menjadi kebiasaan sejak India berada di bawah pimpinan parti nasionalis Hindu, Bharatiya Janata pada 2014.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: