Tempatan

1,956 Kes Denggi Direkodkan Minggu Lepas – KKM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 12 Mei 2023 – Sebanyak 1,956 jumlah kes demam denggi direkodkan minggu lalu berbanding 1,775 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr. Muhammad Radzi Bin Abu Hassan berkata jumlah tersebut adalah susulan daripada peningkatan sebanyak 181 kes (10.2 peratus) di mana terdapat dua kematian dilaporkan akibat daripada komplikasi demam denggi pada minggu lalu.

“Kumulatif demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 38,933 kes berbanding 13,650 kes bagi tempoh sama tahun 2022 iaitu peningkatan sebanyak 25,283 (185.2%). Manakala sejumlah 24 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding tujuh (7) kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2022,” katanya.

BACA JUGA: MBK Keluarkan 17 Notis Tutup Premis Pusat Judi Haram

BACA JUGA: Penahanan Imran Khan Tak Sah! – Mahkamah

BACA JUGA: Menteri Selar AKSB Lemah Uruskan Masalah Air Kelantan

Bagi lokaliti hotspot pula, sebanyak 87 lokaliti yang dikenalpasti pada minggu lalu berbanding 103 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.

Ia termasuklah 49 lokaliti di Selangor, 19 lokaliti di Pulau Pinang, tujuh lokaliti di Sabah, lima lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Putrajaya, tiga lokaliti yang masing-masing di Kedah serta Perak dan satu lokaliti di Johor.

Mengulas lanjut, keadaan cuaca yang panas dan diselangi dengan hujan berpotensi untuk menyumbang kepada peningkatan populasi nyamuk Aedes di kawasan persekitaran.

Sehubungan itu, beliau menyarankan orang ramai agar bekerjasama dalam menjaga kebersihan persekitaran termasuklah melaksanakan aktiviti Cari dan Musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes sekurang-kurangnya 10 minit seminggu.

Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan masyarakat agar mengamalkan tabiat membuang sampah di tempat yang telah ditentukan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: