Tempatan

Hospital Pendang Dibuka 15 Februari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PENDANG, 14 Januari 2023 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan Hospital Pendang akan dibuka pada 15 Februari ini.

“Berita gembira kepada seluruh penduduk Pendang, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pembukaan Hospital Pendang pada 15 Februari 2023.”

“Semoga dengan pembukaan ini dapat memudahkan orang ramai untuk mendapat rawatan kesihatan yang terbaik,” kata KKM dalam laman Facebook mereka.

BACA JUGA: YB Teng Chang Khim Memang Biadab – Aminuddin Yahaya

BACA JUGA: Pembayar Zakat Melaka Meningkat Lebih 53 Ribu Orang

BACA JUGA: Kilang Tutup, Karbon Dioksida Di New Zealand Kini Terpaksa Dicatu

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, hospital berkenaan akan menjadi hospital pakar minor yang mempunyai 10 bidang kepakaran seperti kecemasan, perubatan am, pembedahan am, orthopedik, anestesiologi, radiologi, obstetrik dan ginekologi, paediatrik, patologi serta psikiatri.

Malah, hospital itu juga akan menjadi pusat rujukan kepada klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah Pendang seperti Klinik Kesihatan Pendang, Klinik Kesihatan Sungai Tiang dan Klinik Kesihatan Kubur Panjang.

“Di Hospital Pendang, kita ada pelbagai perkhidmatan termasuk kecemasan, pesakit luar, tadi (juga saya) ada disebutkan yang kita mana hospital ini ada sebanyak 126 katil keseluruhannya, jadi ini yang kita sebut sebagai kapasiti kita yang ada, kalau orang itu datang untuk kecemasan, sakit-sakit yang memerlukan perkhidmatan kecemasan, ada perkhidmatan yang disediakan di sini,” ujarnya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Hospital Pendang oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) kepada KKM pada Khamis.

Selaras dengan konsep hospital ‘kluster’, Hospital Pendang juga akan menjadi hospital sokongan kepada hospital- hospital pakar utama yang lain iaitu Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar dan Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani.

Majlis Penyerahan Projek Hospital Pendang pada Khamis lalu turut disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Hadir sama bagi menyaksikan majlis penyerahan projek tersebut adalah Duli Yang Amat Mulia, Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: