Tempatan

Masalah Buli: Malaysia Tangga Keenam Tertinggi Dunia – KP Kesihatan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA NERUS, 26 Julai 2022 – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan rasa terkejutnya apabila beliau mendapati bahawa negara ini berada di tangga keenam tertinggi di dunia dan kedua tertinggi di Asia dalam masalah buli.

Beliau membuat luahan sedemikian menurut teks ucapan perasmian Seminar Psikologi Kesihatan (PSYCHE 1.0) : Hentikan Buli! Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022. Teks ucapan itu dibacakan oleh Dato Dr Kasemani Embong, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu.

“Apa yang mengejutkan, Malaysia berada di tangga keenam tertinggi di dunia dan kedua di Asia dalam masalah buli terutamanya dalam buli siber.”

“Mungkin juga ramai pembuli tidak tahu bahawa sebarang kandungan berniat jahat di Internet dengan tujuan mengganggu, memprovokasi, mengancam atau menyalah guna adalah suatu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata beliau.

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah lagi, kes buli di tempat kerja pula menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan di samping melemahkan prestasi kerja.

Buli boleh berlaku dalam pelbagai bentuk di tempat kerja seperti hasil kerja disabotaj atau dicuri, juga apabila rakan di tempat kerja memulau atau memalukan seseorang, menurutnya lagi.

“Semua pihak perlu lebih memahami dan menghayati bahawa perbuatan buli bukan sahaja boleh berlaku terhadap pelajar sekolah dan universiti, malah orang dewasa dan berkerjaya pun tidak terkecuali menjadi mangsa.”

“Buli di tempat kerja juga mungkin melibatkan ugutan, gosip, jenaka yang menyinggung perasaan dan memperkecilkan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: