Tempatan

Pelajar Sekolah Meninggal: YB Charles Santiago Persoal Sikap Membisu KKM

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Februari 2022 – Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengeluarkan kenyataan balas bagi menjawab spekulasi yang tular tentang vaksin kanak-kanak.

Pada 21 Februari yang lalu, melalui media sosial Twitter, beliau berkongsi sebuah video yang menunjukkan kedua ibu bapa kepada seorang remaja lelaki yang berusia 13 tahun merayu supaya diberikan penjelasan atas kematian anaknya yang berlaku secara tiba-tiba setelah mendapatkan vaksin COVID-19.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: KKM Sahkan Ribuan Kes Kesan Mudarat Serius Vaksinasi

BACA: Jangkitan Covid-19 Israel Mencanak Naik 9,893% Selepas Dos Penggalak

“Keputusan bedah siasat haruslah dinyatakan kerana dia meninggal 18 hari selepas divaksin,” ujarnya.

Tegas beliau, tindakan pihak KKM yang berdiam diri ini akan menimbulkan lebih banyak syak wasangka buruk seterusnya mengurangkan keyakinan ibu bapa lain untuk membenarkan anak mereka menerima vaksin kerana takut akan kesan sampingan yang buruk.

Posting beliau mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah yang turut membalas ciapannya.

Beliau selaku wakil Kementerian Kesihatan merakamkan ucapan takziah kepada kedua ibu bapa dan keluarga mangsa.

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Jabatan Kesihatan Negeri sedang bekerjasama dengan doktor dan pasukan forensik untuk menyiasat hal ini dan beliau masih belum menerima laporan penuh forensik dan patologi.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pula menyatakan bahawa beliau sudah memanjangkan perkara ini kepada Tan Sri Dr Noor Hisham dan satu kenyataan akan dikeluarkan secepatnya.

Terdahulu, Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Malaysia Negara (NPRA), Dr. Roshayati Mohamad Sani menyatakan, terdapat 1,747 laporan yang dikategorikan sebagai Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) serius direkodkan.

Berdasarkan kenyataan tersebut, kesan advers serius ini adalah kesan yang memerlukan kemasukan ke hospital, pemanjangan tempoh di wad, mengancam nyawa, atau disyaki menyebabkan kematian.

Leave a Reply

Back to top button