Tempatan

KKM Cadang Ambil Jururawat Asing

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Mei 2023 – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperhalusi isu kekurangan jururawat di hospital swasta dengan mempertimbang keperluan mengambil jururawat dari luar negara.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, pihaknya akan mengadakan beberapa kali sesi libat urus dengan sektor berkenaan untuk membantu menyelesaikan masalah itu.

BACA JUGA: Krisis Gula Berakhir Jun Ini

BACA JUGA: Denggi: KKM Laksana Pelepasan Nyamuk Aedes Wolbachia Seluruh Negara

BACA JUGA: El Nino Semakin Memburuk Di Malaysia

“Memang perkara itu dalam makluman KKM. Kita kena buat libat urus bukan sekali, tetapi beberapa kali untuk melihat beberapa perkara membabitkan pengambilan atau keperluan jururawat dari luar untuk membantu sektor swasta meningkatkan perkhidmatan mereka.”

Dr Zaliha berkata demikian selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Penjagaan Kesihatan Antarabangsa anjuran APHM di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Selasa.

Sebelum ini, Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) menggesa Kerajaan supaya mengambil langkah segera untuk membawa masuk jururawat asing bagi menangani perkara itu.

“Dalam tinjauan dibuat APHM pada November 2022 hasil maklum balas daripada 103 hospital, kita memerlukan kira-kira 9,224 jururawat tambahan pada tahun ini hingga 2025.”

“Hospital swasta berminat mengambil jururawat yang mendapat latihan di luar negara dan kita sudah membincangkan perkara ini dengan Bahagian Kejururawatan KKM dan meminta pengecualian kepada Klausa 5 garis panduan mengenai pengambilan jururawat asing.”

“Kami hanya meminta dua hingga tiga tahun untuk mengisi kekosongan sebelum sekolah kejururawatan tempatan dapat memenuhi permintaan,” kata Presiden APHM, Datuk Dr Kuljit Singh.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: