552 Klinik Berisiko Banjir – KP Kesihatan
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PUTRAJAYA, 14 Oktober 2022 – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, dalam sebuah ciapan di laman Twitter beliau telah memaklumkan bahawa 552 klinik dari 2,891 klinik berisiko dilanda banjir.
Terdapat 552 (19%) dari 2,891 klinik berisiko dilanda banjir. Namun begitu, 421 klinik KKM alternatif telah dikenalpasti bagi mengatasi isu tersebut.
Manakala 2,339 (81%) buah klinik di seluruh negara tidak berisiko dan boleh meneruskan operasi semasa musim banjir. pic.twitter.com/GPqF0NH516
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 13, 2022
Namun, beliau turut memaklumkan bahawa 421 klinik alternatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudahpun dikenal pasti bagi mengatasi isu tersebut.
Jelas beliau lagi, sebanyak 1,216 pasukan perubatan dengan kekuatan seramai 6,397 diperuntukkan oleh KKM. 1,703 pasukan kesihatan awam dengan kekuatan 4,888 tenaga kerja turut diperuntukkan.
Selain dari anggota kesihatan, Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Mental & Sokongan Psikososial turut disediakan.
“KKM menyediakan 222 pasukan Perkhidmatan Kesihatan Mental & Sokongan Psikososial meliputi 1,462 org di seluruh negara,” ujar beliau dalam untaian ciapan yang sama.