Tempatan

Jerebu: KKM Nasihatkan Pakai Pelitup Muka

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 19 April 2023 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai agar memakai pelitup muka yang sesuai susulan kemerosotan udara dengan keadaan berjerebu di beberapa kawasan.

“Hadkan masa berada di luar bangunan bagi mengelakkan pendedahan kepada cuaca panas dan jerebu. Gunakan pelitup muka (face mask) yang sesuai jika jerebu dan pelindung diri seperti payung dan topi bagi mengelakkan pendedahan secara langsung kepada cuaca panas,” memetik kepada kenyataan KKM berkaitan nasihat penjagaan kesihatan semasa cuaca panas dan jerebu.

Katanya, negara ketika ini sedang dilanda cuaca panas yang memberi kesan kepada kualiti udara dan suhu ambien di beberapa kawasan.

BACA JUGA: Fenomena Gerhana Matahari Separa Khamis Ini, JAIS Seru Tunaikan Solat Sunat Gerhana

BACA JUGA: Kadar Bayaran Saman Trafik RM50 Sahaja Bermula Jumaat Ini

BACA JUGA: Penyelenggaraan Lebuhraya Tidak Kritikal Dihentikan Serta Merta Hingga 7 Mei Ini

“Pada 18 April 2023, jam 10.00 pagi, dua (2) kawasan iaitu Johan Setia (Selangor) dan Kota Bharu (Kelantan) dilaporkan mencatat status kualiti udara yang tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) masing-masing 150 dan 120.”

Dalam kenyataan yang sama, KKM turut menasihatkan orang ramai agar menghadkan aktiviti lasak semasa cuaca panas dan jerebu kerana aktiviti sedemikian boleh meningkatkan risiko penyakit akibat daripada cuaca panas serta jerebu.

Malah, KKM turut mengingatkan agar masyarakat memperbanyak meminum air kosong biarpun tidak berasa dahaga bagi mengekalkan tahap hidrasi badan yang berperanan penting untuk mengawal-atur suhu badan.

Justeru, orang awam yang hendak mendapatkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas dan jerebu boleh melayari laman sesawang KKM seperti berikut:
i. http://www.myhealth.gov.my/cuaca-panas-a-kesihatan
ii. https://www.infosihat.gov.my/index.php/isu-semasa/51-jerebu
iii. http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/183

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: