Tempatan

JB Car Free Day: Beberapa Jalan Di Johor Bahru Ditutup Esok

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 12 Mei 2023 – Beberapa jalan di Johor Bahru ditutup esok, Sabtu, 13 Mei 2023, bermula jam 7 pagi hingga 10 pagi sempena acara JB Car Free Day.

Menerusi hantaran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di laman Facebooknya, acara tersebut akan diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

BACA JUGA: Menteri Selar AKSB Lemah Uruskan Masalah Air Kelantan

BACA JUGA: Pen’China’an Malaysia – Adakah Mitos atau Satu Realiti? – Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin

BACA JUGA: Taufan Mocha Dijangka Menghentam Bangladesh – Myanmar

Ia turut dimeriahkan dengan program ‘Run for Give – Charity Run 2023’ bersama Kiwanis Club of Johor Bahru di mana ia terbuka untuk semua.

Antara laluan yang terlibat dengan penutupan jalan ialah:

1. Jalan Thompson
2. Jalan Ismail Sultan
3. Hadapan Hospital Sultanah Aminah (kecuali ambulans)
4. Persiaran Abu Bakar Sultan
5. Persimpangan lampu isyarat JB Waterfront Lot 1
6. Sebahagian Jalan Ibrahim

Dalam kenyataan yang sama, MBJB turut menyatakan laluan alternatif untuk ke Pusat Bandar Johor Bahru dan Hospital Sultanah Aminah, iaitu:

1. Jalan Lingkaran Dalam
2. Jalan Kolam Ayer
3. Jalan Tun Razak
4. Jalan Tebrau
5. Jalan Yahya Awal
6. Jalan Mahmoodiah

Bagi para peserta JB Car Free Day, kenderaan boleh diletakkan di:

1. Metro Parking Dataran Bandaraya Johor Bahru (masuk sebelum 7 pagi)
2. Sekitar Dataran Bandaraya Johor Bahru (masuk sebelum 7 pagi)
3. Sekitar Jalan Kolam Ayer

“Terdapat pelbagai aktiviti yang sesuai untuk setiap lapisan usia seperti larian santai, aktiviti berbasikal, brisk walk, Zumba, rollerblading, skateboarding, memanah aktiviti liga kampung, sabutan bertuah dan lain-lain lagi,” memetik kepada kenyataan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: