MBK Keluarkan 17 Notis Tutup Premis Pusat Judi Haram
KUANTAN, 12 Mei 2023 – Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) mengeluarkan 17 notis tutup premis dalam operasi pemutihan terhadap pusat judi haram setakat suku pertama tahun ini.
“Majlis Bandaraya Kuantan dengan bantuan Polis DiRaja Malaysia telah mengadakan operasi pemutihan terhadap pusat judi haram di sekitar Kuantan termasuk menutup premis yang tidak berlesen,” kata Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB. Dato’Sri Johari Harun.
BACA JUGA: Jabatan Perlindungan Data Peribadi Siasat Insiden Kebocoran Data Pemohon UiTM
BACA JUGA: Kes Buli Tular: Tindakan Disiplin Akan Diambil – Sekolah
BACA JUGA: Taufan Mocha Dijangka Menghentam Bangladesh – Myanmar
Beliau yang berkata demikian sewaktu sesi penggulungan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Pahang Ke-15 semalam turut mengatakan bahawa menurut data pemutihan untuk suku pertama tahun 2023, bilangan operasi adalah sebanyak 22 kali.
Dalam masa yang sama, jumlah Notis Tutup Premis adalah sebanyak 17 Notis; kompaun pula sebanyak 7 kompaun dikeluarkan dan sebanyak 107 tablet disita.