Tempatan

‘Ubat-ubatan Rakyat’ Berkurang Hingga Hujung Tahun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 25 Julai 2022 – Kekurangan bekalan ‘ubat-ubatan rakyat’ seperti ubat demam, batuk, ubat alahan dan tahan sakit dijangka berlarutan hingga hujung tahun ini berikutan permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang berkata kekurangan bekalan yang berlanjutan sejak Oktober tahun lalu itu disebabkan oleh gelombang atau masalah kesihatan yang bertimpa-timpa bermula dengan COVID-19, gejala penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) dan yang terkini Influenza-Like-Illness (ILI) yang dihadapi oleh masyarakat.

“Keadaan lebih sukar kerana selepas COVID-19, kita berhadapan dengan HFMD dan selepas itu ILI pula. Hal ini menyebabkan berlakunya permintaan yang tinggi dan luar biasa sehingga menyebabkan bekalan ubat-ubatan di pasaran terputus,” katanya.

Katanya kepada Utusan Malaysia, pihak pembekal juga tidak dapat menampung keperluan tika ini disebabkan permintaan yang tinggi itu sekali gus menyebabkan bekalan ubat-ubatan tersebut berkurang di pasaran.

“Untuk isu kekurangan ubat-ubatan di pasaran, kita telah berbincang dengan Kementerian Kesihatan dua minggu lalu yang turut disertai pelbagai pihak seperti pengilang, pembekal, bahagian farmasi, doktor dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) kesihatan,” ujarnya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah meminta Ketua Setiausaha kementerian untuk memantau isu gangguan bekalan ubatan itu terutamanya di klinik swasta dan farmasi.

Justeru, katanya, perkara seperti itu adalah sesuatu yang luar biasa dan tidak pernah berlaku sebelum ini dan satu pendekatan yang bersepadu perlu ada bagi menyelesaikan isu kekurangan ubat-ubatan di pasaran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: