Tempatan

Covid-19: Ivermectin Perlu Kelulusan Segera – Pakar

Kuala Lumpur: Sekumpulan individu telah mencadangkan kepada kerajaan agar memberi kelulusan segera penggunaan vaksin Ivermectin sebagai satu kaedah untuk merawat Covid-19.

“Ia harus segera meluluskan Ivermectin sebagai suatu “senjata” yang selamat, murah dan berkesan melawani Covid-19,” kata mereka dalam satu kenyataan media.

Kenyataan media tersebut telah ditandatangi oleh Dr Abd Kadir Warsi Mohamad (Phd) dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Kapten (R) Dr Wong Ang Peng dari Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT), Pesuruhjaya Polis (R) Dato ’Shabudin Abdul Wahab dari Pusat Penyelidikan Covid, Kumpulan Muzium Warisan Asia (AHM), Tunku Azwil Tunku Abd Razak, dari Gabungan NGO Islam (PNK), serta Prof Dr Mustafa Ali Mohd iaitu ahli Farmakologi Klinikal & Toksikologi.

Menurut kenyataan berkenaan, Ivermectin telah diperakui dunia bahawa ianya berkesan dan selamat digunakan sejak 30 tahun lalu, walaubagaimanapun, di Malaysia, vaksin tersebut hanya dilesenkan penggunaan kepada haiwan sahaja.

“Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah telah mengakui bahawa Ivermectin “murah, mudah didapati dan selamat digunakan.”

“Ivermectin disenaraikan sebagai ubat anti-parasit penting oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan ia juga merupakan ubat yang diluluskan di Amerika Syarikat oleh Pentadbiran Dadah Persekutuan (FDA),” kata kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan berkenaan, memandangkan keadaan kes jangkitan Covid-19 yang semakin meruncing, kelulusan Ivermectin harus segera dilaksanakan.

“Memandangkan kes jangkitan Covid-19 yang semakin buruk, banyak persoalan yang belum dijawab dan kekurangan data mengenai hal keselamatan jangka panjang vaksin mRNA percubaan Pfizer (yang telah dipesan oleh negara kita) dan masalah pengeluaran semasa yang dihadapi oleh pengeluar vaksin di luar negara (dengan kemungkinan berlakunya kelewatan), kerajaan harus mempunyai “RANCANGAN B”.”

Dalam kenyataan yang sama turut menyatakan negara Slovakia telah menjadi negara Kesatuan Eropah pertama yang meluluskan penggunaan vaksin Ivermectin bagi melawan Covid-19.

Pada 1975, Jepun dikatakan mencipta Ivermectin dan telah diedarkan lebih daripada 3.7 bilion dos di seluruh dunia. Malah, ianya tidak mempunyai rekod buruk atau kematian selepas penggunaannya.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button