Antarabangsa

COVID-19: China Usahakan Pil Antiviral Baharu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BEIJING, 02 Januari 2023 – China memperkenalkan pil antiviral baharu, VV116 sebagai alternatif yang berkesan merawat COVID-19.

Melalui terbitan The New England Journal of Medicine, keputusan percubaan klinikal menunjukkan bahawa ubat VV116 berkesan seperti Paxlovid dalam membendung gejala ringan dan sederhana COVID-19 pada orang dewasa yang berisiko jika penyakit itu bertambah buruk.

Dalam percubaan Fasa 3 yang melibatkan 822 peserta, VV116 berjaya memulihkan pesakit yang baru didiagnosis dalam median empat hari, lebih cepat berbanding Paxlovid yang pulih selepas median lima hari.

Berdasarkan kajian itu juga, VV116 dipercayai dapat mengurangkan kesan sampingan COVID-19 bagi mereka yang mengambil pil antiviral itu sehingga pemulihan klinikal.

Namun begitu, keberkesanan ubat baharu untuk pemulihan klinikal, penyelesaian gejala dan pencegahan COVID-19 masih tidak diketahui berbanding Paxlovid.

Malah profil keselamatan ubat antiviral VV116 juga belum dinilai sepenuhnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: