Antarabangsa

Vaksin Covid – Kansas Saman Pfizer

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KANSAS, 19 Jun 2024 – Salah sebuah negeri di Amerika Syarikat (AS), Kansas telah bertindak memulakan tindakan perundangan terhadap Pfizer berikutan “dakwaan yang mengelirukan” yang dilakukan oleh syarikat farmaseutikal tersebut berkenaan keberkesanan serta risiko vaksin Covid-19.
Berdasarkan data Persekutuan, lebih daripada 366 juta dos vaksin coronavirus Pfizer telah diberikan di seluruh AS.
Isnin lalu, peguam Kansas Kris Kobach telah memfailkan saman dengan mendakwa bahawa Pfizer dengan sengaja telah menyembunyikan bukti-bukti yang mengaitkan vaksin dengan masalah miokarditis serta beberapa komplikasi kehamilan.
Ujar Kobach, “Pfizer telah melakukan beberapa kenyataan yang mengelirukan bagi memperdaya orang awam tentang vaksin mereka pada masa sewaktu warga Amerika perlukan kebenaran”.
Pada Jun 2021, US Food and Drug Administration telah mengeluarkan amaran berkenaan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer dan Moderna yang mana keduanya dapat meningkatkan risiko miokarditis dan perikarditis yang merupakan dua jenis radang pada jantung yang jarang berlaku.
Menurut aduan peguam tersebut, syarikat farmaseutikal tersebut telah membuat dakwaan mengarut dengan mengatakan bahawa vaksin Covid-19 mereka berkesan dan dalam masa yang sama mereka sebenarnya mengetahui bahawa perlindungan yang diberikan oleh vaksin tersebut semakin melemah dan tidak berupaya untuk menangani beberapa varian Covid-19.
Kobach juga turut berhujah bahawa Pfizer telah membuat kekeliruan dengan menegaskan bahawa vaksin tersebut dapat mencegah penularan coronavirus, walaupun setelah itu syarikat terbabit mengakui bahawa mereka tidak pernah membuat kajian berkenaan hal tersebut.
Kobach turut mendakwa bahawa syarikat tersebut telah bekerjasama dengan media sosial untuk “menapis ucapan yang kritikal” terhadap vaksin Covid-19.
Pada awal bulan ini, universiti Amsterdam’s Vrije Universiteit telah menerbitkan sebuah kajian yang menunjukkan bahawa kesan sampingan yang disyaki timbul disebabkan vaksin tersebut berkemungkinan menyumbang kepada kadar kematian berlebihan di 47 buah negara di antara 1 Januari 2020 dan 30 Disember 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: