Tempatan

COVID-19: Kerajaan Pertimbang Saringan Ketat Di Sempadan Singapura

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 15 Disember 2023 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbangkan saringan ketat di dua pintu masuk negara dengan Singapura berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19 di negara tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya tidak mengambil ringan dengan apa yang berlaku di negara-negara jiran berdasarkan pengalaman terjadi sebelum ini.

“Jika kita perhatikan ada keperluan, ia akan membawa pula kepada langkah intervensi dan mitigasi yang bersesuaian berbanding dengan memberikan suasana amaran.”

“Semua tindakan akan kita pertimbang dan KKM ada pelan tindakan seandainya timbul keperluan secara kecemasan,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan purata kemasukan harian COVID-19 di hospital meningkat kepada 225 kes, dan purata kes unit rawatan rapi harian (ICU) meningkat kepada empat kes berbanding satu kes pada minggu sebelumnya.

Malah, jumlah kes dijangka akan terus meningkat dalam beberapa minggu akan datang.

Dalam pada itu, KKM juga bakal mengeluarkan arahan bagi pelaksanaan program imunisasi dos penggalak vaksin Covid-19 dalam masa terdekat.

“Insya-Allah, KKM akan keluar satu arahan tertentu mengenai dos penggalak dan ini perlu terutama kepada kumpulan rentan ada risiko komorbiditi.”

Katanya usaha berkenaan akan dimaklumkan susulan peningkatan kes baharu yang dilapor sejak akhir-akhir ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: