Saintis AS Cipta Varian Virus COVID Yang Lebih Membunuh
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
AMERIKA SYARIKAT, 19 Oktober 2022 – Beberapa saintis di Universiti Boston, Amerika Syarikat (AS) telah mendakwa bahawa mereka telah berjaya mencipta varian baharu COVID-19 yang mempunyai kadar 80% mortaliti.
Menurut para saintis tersebut, ciptaan baharu tersebut adalah hasil gabungan varian Omicron dengan varian asal yang berasal dari Wuhan.
Kajian para saintis tersebut melalui siri uji kaji yang dikatakan sama dengan siri eksperimen yang mula-mula mewujudkan virus itu telah menimbulkan kemarahan ramai pihak.
Dalam sebuah kertas kajian yang diterbitkan pada minggu lalu, para saintis tersebut menjelaskan yang mereka telah mengasingkan spike protein bagi varian Omicron dan menggabungkannya dengan punca virus asal yang mula-mula disebarkan pada awal 2020.
Kajian tersebut turut menyatakan bahawa varian baharu tersebut bersifat sangat lasak, di mana ianya dapat melepasi daya tahan mereka yang divaksin dan ianya mampu menyebabkan terjadinya penyakit merbahaya terhadap tikus makmal, di mana mereka menyatakan bahawa 80% dari jumlah tikus makmal yang digunakan dalam eksperimen itu telah mati.
Namun kumpulan saintis tersebut mengaku bahawa varian baru yang dihasilkan tersebut tidak akan memberi impak yang berbeza terhadap manusia.
Mereka turut mendapati bahawa varian baharu tersebut mampu mewujudkan partikel virus pada sel paru-paru yang dibangunkan di makmal dengan kadar lima kali ganda berbanding dengan varian Omicron.