China Ugut US, Lawatan Nancy Pelosi Ke Taiwan
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
CHINA, 25 Julai 2022 – China telah mengeluarkan amaran kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden atas lawatan Speaker Dewan Rakyatnya, Nancy Pelosi ke Taiwan Ogos ini, lapor sebuah akhbar.
Kata sumber kepada pihak akhbar berkenaan, amaran yang diberikan kali ini lebih kuat ancamannya berbanding ancaman Beijing terdahulu sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan tindakan atau dasar Amerika Syarikat (AS) ke atas Taiwan.
Menurut Kementerian Luar China, lawatan Pelosi ke Taiwan itu akan menjejaskan kedaulatan dan integriti wilayah China secara serius dan AS akan menanggung akibatnya.
Dr Andrew Scobell, felo program China di Institut Keamanan AS dalam penulisannya berkata, Washington telah melihat Taipei sebagai rakan kongsi yang kuat sejak sekian lama.
Namun, Beijing telah menganggap Taiwan sebagai satu tahanan dari sebuah perang saudara China pada tahun 1940-an dan meletakkan pulau itu sebagai wilayah terakhir yang akan disatukan dengan tanah besar.
Bagaimanapun, Biden menyatakan bahawa mengadakan lawatan ke Taiwan pada waktu ini bukan idea yang baik setelah tentera China menceroboh zon pertahanan udara Taiwan sebagai ancaman bagi memastikan Kerajaan Taiwan dari terus mengukuhkan hubungan dengan AS atau mana-mana negara lain.
Taiwan telah ditadbir secara bebas daripada China sejak 1949 tetapi Beijing menganggap Taiwan sebagai wilayahnya dan berikrar akan ‘menyatukan’ Taiwan dengan tanah besar menggunakan kekerasan jika perlu.