Tempatan

Mat Kilau Pecah Rekod RM 90 Juta!

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Julai 2022 – Filem ‘Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan’, lakonan mantap dari Datuk Adi Putra (Mat Kilau), terus mencatatkan sejarah tersendiri apabila meraih kutipan tertinggi iaitu RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan.

Menurut Utusan, perkara tersebut dikongsi sendiri oleh pengarah filem tersebut, Syamsul Yusof dalam satu hantaran WhatsAppnya hari ini.

Selain memanjatkan rasa syukur, Syamsul Yusof turut memaklumkan bahawa rekod tersebut telah mengangkat filem epik itu menjadi filem dengan kutipan tertinggi di Malaysia selepas Munafik 2 dan Avengers End Game sekali gus berjaya menundukkan filem Hollywood dari segi kutipan jualan tiket panggung di negara ini.

“Dengan izin Allah, Mat Kilau raih RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan. Menjadi filem box office dengan kutipan tertinggi di Malaysia selepas Munafik 2 dan Avengers End Game. Air mata syukur, tiada kata melainkan Alhamdulillah. Saya dan seluruh team amat terharu.”

“Terima kasih penonton kerana masih terus beri kepercayaan pada karya kali ini dan kesemua filem saya, sejak yang pertama hinggalah sekarang. InsyaAllah, moga terus diberi ilham untuk filem akan datang.”

Justeru, Syamsul Yusof menyeru semua pengkarya filem untuk bersama-sama memajukan industri seni Malaysia kerana menurut beliau, rekod ini adalah antara bukti bahawa karya filem Melayu masih boleh berdiri di bumi sendiri.

Puan Seri Fatini Yaacob, Ketua Wanita Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) merangkap Pengerusi Eksekutif Yayasan Kasih Tauhid sebelum ini juga turut merakamkan ucapan tahniah kerana filem tersebut mencapai box office dalam kadar yang luar biasa.

Keluarbiasaan ini berlaku kerana beberapa sebab, di antaranya kerana semangat mahu tahu kehebatan Mat Kilau, ujar Puan Seri Fatini Yaacob.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker