Tempatan

COVID: Kita Perlu Lebih Banyak Jangkitan – Zaid Ibrahim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Februari 2022 – Zaid Ibrahim, bekas pengerusi parti DAP Kelantan, menyatakan bahawa rakyat Malaysia memerlukan lebih banyak jangkitan wabak COVID-19, dalam sebuah hantaran di laman Twitter.

“Selagi mana kita masih boleh kawal, kita memerlukan lebih banyak jangkitan,” ujar beliau dalam hantaran tersebut.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Beliau yang juga merupakan seorang peguam menyatakan bahawa masyarakat memerlukan ‘imuniti semulajadi’ dengan meningkatkan kadar jangkitan.

“Sekarang kita memerlukan imuniti semulajadi. Bagaimana kita nak dapat imuniti semulajadi? Dengan meningkatkan jangkitan,” tegas beliau.

Beliau juga pernah menegaskan dalam sebuah hantaran lain di laman Twitter bahawa yang perlu dilakukan hanyalah mengambil ubat demam dan berehat.

“Omicron adalah sejenis demam. Ya sesetengah orang meninggal kerana demam ini tapi jangan mula buat sekatan semula. Ambil sahaja ubat demam. Rehat. Anda akan ok,” kata beliau dalam hantaran tersebut.

Baru-baru ini negara mencatatkan peningkatan mendadak kes COVID-19 di mana bilangan kes baharu pada Khamis semalam telah meningkat kepada 19,090 kes, peningkatan sebanyak 8,056 kes berbanding awal minggu ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: