Antarabangsa

Dalam Sebulan, Kes Jangkitan COVID-19 Meningkat 481% Di Asia Tenggara – WHO

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MOSCOW, 17 April 2023 – Bilangan kes jangkitan COVID-19 meningkat hampir 481 peratus di Asia Tenggara dalam tempoh sebulan, menurut satu laporan bulanan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Di peringkat serantau, kes terbaharu yang dilaporkan dalam 28 hari menurun daripada enam kepada empat wilayah WHO: Wilayah Afrika (-45 peratus), Wilayah Pasifik Barat (-39 peratus), Wilayah Amerika (-33 peratus) dan Wilayah Eropah (-22 peratus); manakala bilangan kes meningkat di dua wilayah WHO: Wilayah Asia Tenggara (+481 peratus) dan Wilayah Mediterranean Timur (+144 peratus),” menurut laporan tersebut.

BACA JUGA: Gempa Bumi Tidak Boleh Diramal

BACA JUGA: Limbungan Kapal Bernilai Lebih RM2 Bilion Bakal Dibina Di Melaka

BACA JUGA: MUDA Wilayah Persekutuan Tuntut Datuk Bandar Dipilih, Bukan Dilantik

Nepal menunjukkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 1,198 peratus iaitu daripada 49 kes kepada 636 kes baharu.

Manakala di India, peningkatan 937 peratus turut berlaku iaitu daripada 6,374 kes kepada 66,124 kes dan diikuti Maldives yang mengalami 614 peratus peningkatan iaitu daripada 21 kes kepada 150 kes, kata WHO.

Laporan yang sama turut mengatakan, sebanyak tiga juta jangkitan baharu dengan lebih 23,000 kematian dilaporkan dalam tempoh 28 hari terakhir iaitu dari 13 Mac hingga 9 April di mana masing-masing menunjukkan penurunan sebanyak 28 peratus dan 30 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Menurut WHO, jumlah kematian berkaitan COVID-19 telah meningkat sebanyak 109 peratus di Asia Tenggara dan 138 peratus di Wilayah Mediterranean Timur dalam tempoh yang dilaporkan.

Untuk rekod, sehingga 9 April, lebih 762 juta kes COVID-19 yang disahkan dan lebih 6.8 juta kematian berkaitan COVID-19 telah direkodkan di seluruh dunia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: