Tempatan

PPN: JAWI Keluarkan SOP Terbaharu Masjid Dan Surau

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 8 Julai 2021- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat ketetapan baharu berhubung had jemaah solat Jumaat, solat fardu dan solat sunat Aidiladha di masjid dan surau Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berkuat kuasa 9 Julai 2021.

Bilangan jemaah untuk semua masjid dan surau di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah seperti berikut.

300 orang jemaah dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat dan solat sunat Aidiladha di Masjid Wilayah Persekutuan.

“Untuk solat fardhu pula, seramai 100 jemaah sahaja dibenarkan,” kata Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI.

Bilangan jemaah di 8 buah Masjid Pusat Zon dibenarkan seramai 100 orang untuk solat Jumaat juga solat sunat Aidiladha dan 50 orang untuk solat fardhu.

Seramai 50 orang dibenarkan melaksanakan solat Jumaat dan solat sunat Aidiladha di Masjid Kariah dan surau Jumaat. Bilangan jemaah untuk solat fardhu pula adalah seramai 30 orang.

“Bilangan jemaah di Surau Diberi Kebenaran Khas untuk mengadakan solat Jumaat dibenarkan seramai 40 orang untuk solat Jumaat juga solat sunat Aidiladha dan 20 orang untuk solat fardhu,” ujar beliau lagi.

Dan bilangan jemaah di Surau Jumaat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta semua surau dibenarkan seramai 12 orang untuk solat Jumaat, solat fardhu dan solat sunat Aidiladha.

Manakala, bilangan jemaah di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pula terhad kepada 3 orang jemaah untuk setiap masjid dan surau.

“Solat fardu dilaksanakan oleh 3 orang sahaja di semua masjid, surau Jumaat dan surau manakala solat Jumaat digantikan dengan solat Zohor.”

Semua ketetapan ini adalah tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan, kata beliau lagi mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: