PKP Penuh: SOP Masjid dan Surau Di Terengganu
Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
KUALA TERENGGANU, 01 Jun 2021 – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menetapkan solat Jumaat tidak akan dilaksanakan di masjid seluruh negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh yang berkuatkuasa hari ini.
Namun, mereka perlu menggantikan solat Jumaat itu dengan solat Zuhur di rumah masing-masing sepanjang tempoh tersebut.
Untuk solat fardhu berjemaah, hanya 12 jemaah terdiri dalam kalangan ahli kariah sahaja yang dibenarkan menunaikannya di masjid dan surau di negeri itu.
“Ketetapan ini mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin,” kata Yang Dipertua Maidam, Datuk Osman Muda.
Tambah beliau, aktiviti keagamaan, kemasyarakatan serta pengurusan dan solat jenazah tidak dibenarkan dilaksanakan di masjid dan surau sepanjang pelaksanaan PKP Penuh ini.