Tempatan

Elak Pemalsuan: Surat MITI Ada KOD QR – Bukit Aman

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 01 Jun 2021 – Surat yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan dilengkapi dengan kod respon pantas (QR).

“Ini bagi mengelakkan pemalsuan surat kebenaran syarikat beroperasi,” kata SAC Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman SAC M V Srikumar M Nair.

Menurut beliau, kod berkenaan akan diimbas oleh polis di sekatan jalan raya bagi memastikan ia adalah tulen.

“Apabila kod berkenaan diimbas (pautan berkenaan) akan meminta satu nombor kod yang mana hanya pihak polis sahaja mempunyai kod tersebut. Apabila kita memasukkan nombor kod itu, maka kita akan dapat tahu sama ada surat itu betul tally (selaras) dengan pemegang surat.”

Leave a Reply

Back to top button