Tempatan

PKP 3.0: SOP Baharu Masjid Dan Surau Di Negeri Sembilan

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

SEREMBAN, 20 Mei 2021 – Negeri Sembilan hanya membenarkan seramai 12 orang jemaah membabitkan pegawai dan ahli jawatankuasa masjid dan tiga orang jemaah bagi surau untuk menunaikan solat fardu lima waktu dan Jumaat di semua masjid dan surau.

“Kerajaan negeri telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir termasuk dimaklumkan kepada Datuk Undang Yang Empat bahawa telah bersetuju dengan SOP dengan jumlah jemaah yang dibenarkan untuk masjid adalah 12 orang manakala, jemaah surau hanya tiga orang sahaja,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Tambahnya, bagi jemaah surau yang dibenarkan seramai tiga orang berkenaan hanyalah melibatkan imam, bilal dan siak.

“Walaupun bilangan jemaah dihadkan mereka (pegawai masjid) masih perlu mengisi borang kehadiran dan menjaga SOP di surau mahupun masjid. Selain itu, mereka masih boleh melaungkan azan setiap kali solat fardu.”

Prosedur operasi standard (SOP) ini berkuat kuasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 7 Jun nanti.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button