Tempatan

Had Jemaah Terkini Surau Dan Masjid Wilayah Persekutuan – JAWI

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 17 September 2021 – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat ketetapan baharu berhubung had jemaah solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti keagamaan di masjid dan surau Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berkuat kuasa 17 September 2021, Jumaat (hari ini).

Berikut merupakan had jemaah bagi kawasan Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 (Kuala Lumpur dan Putrajaya) seperti dalam kenyataan media Pengarah JAWI, Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail.

Untuk solat Jumaat, bilangan jemaah yang dibenarkan di Masjid Wilayah Persekutuan adalah seramai 500 orang. Had jemaah di 7 buah Masjid Zon dan Masjid Kariah dibenarkan seramai 250 orang, 150 jemaah untuk Surau Jumaat dan di Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat Jumaat pula dibenarkan seramai 100 orang.

“Bilangan jemaah di Surau Jumaat dan Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat Jumaat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibenarkan seramai 80 orang,” ujarnya.

Aktiviti kuliah dan tazkirah dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi bilangan jemaah solat Jumaat bagi tazkirah sebelum solat Jumaat dan tidak melebihi jemaah solat fardu bagi kuliah yang lain dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Bagi solat fardu pula, bilangan jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan seramai 200 jemaah, 100 jemaah di 7 buah Masjid Zon dan Masjid Kariah, dan 50 jemaah sahaja di Surau Jumaat dan juga di Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat Jumaat.

Manakala bilangan jemaah di Surau Jumaat dan Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat Jumaat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta semua surau dibenarkan seramai 40 jemaah.

Untuk Labuan yang sudah beralih menjadi kawasan Pelan Pemulihan Negara Fasa 4, bilangan jemaah bagi solat Jumaat di semua Masjid Zon, Masjid Kariah, Surau Jumaat, dan Surau Diberi Kebenaran Khas untuk diri Jumaat dibenarkan separuh daripada kapasiti sebenar.

Seterusnya, bilangan jemaah bagi solat fardu di semua masjid dan surau dibenarkan mengikut keluasan dewan solat utama.

Kuliah dan tazkirah dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi bilangan jemaah solat Jumaat bagi tazkirah sebelum solat Jumaat dan tidak melebihi jemaah solat fardu bagi kuliah yang lain dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

“Semua ketetapan tersebut adalah tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan. Semoga umat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan serta bermunajat dan berdoa agar penularan wabak Covid-19 segera berakhir,” kata Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: