Tempatan

PKP 3.0 Selangor: Had Jemaah Untuk Masjid Dan Surau 

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

SHAH ALAM, 6 Mei 2021 – Jawatankuasa Tetap Agama Islam Selangor mengeluarkan ketetapan baharu bilangan jemaah solat fardu lima waktu, solat Jumaat dan solat sunat tarawih di semua masjid dan surau di enam daerah di negeri ini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang, Sepang dan Kuala Langat.

Untuk Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, seramai 500 orang termasuk pentadbir dibenarkan menunaikan solat Jumaat, 200 jemaah untuk solat fardu termasuk pentadbir dan seramai 600 orang di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk solat tarawih.

Tetapi seramai 550 jemaah sahaja dibenarkan bersolat terawih di Masjid Tengku Ampuan Jemaah.

Bagi Masjid Pengurusan dan Masjid Kariah, solat Jumaat, solat fardu dan solat tarawih dihadkan kepada 100 muslimin sahaja.

Di Masjid Institusi pula, solat Jumaat, solat fardu dan solat tarawih dihadkan kepada 200 orang sahaja.

Dan di Surau Kariah, seramai 50 jemaah dibenarkan untuk solat fardu dan 50 muslimin dibenarkan menunaikan solat sunat tarawih.

PKP 3.0 di enam daerah di Selangor bermula pada 6 Mei 2021 sehingga 17 Mei 2021.

Bagi daerah terlibat Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor adalah kekal mengikut ketetapan terdahulu.

 

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button